|
Dungun: "Sampai sini saja silaturahim kita ya," kata juruteknik, Tuan Muhammad Fahmey Tuan Azman menerusi kapsyen video di TikTok.
Tuan Muhammad Fahmey mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi kisah cintanya dengan bekas teman wanita yang tidak kesampaian.
Ia selepas wanita itu berkahwin dengan jejaka pilihannya baru-baru ini.
Menerusi dua hantaran berasingan, Tuan Muhammad Fahmey berkongsi tangkap layar perbualannya dengan lelaki yang kini suami kepada bekas kekasihnya dan ibu wanita berkenaan.
Perkongsian Tuan Muhammad Fahmey itu meruntun hati netizen yang rata-ratanya bersimpati dan mendoakan pemuda berkenaan bertemu dengan pengganti lebih baik.
Menceritakan isi hatinya, Tuan Muhammad Fahmey berkata, dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya itu selama tiga tahun dan sudah merancang untuk berkahwin.
"Saya sudah kumpul duit dan perancangannya nak kahwin pada 13 September depan sempena tarikh ulang tahun kelahiran saya.
Menceritakan isi hatinya, Tuan Muhammad Fahmey berkata, dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya itu selama tiga tahun dan sudah merancang untuk berkahwin.
"Saya sudah kumpul duit dan perancangannya nak kahwin pada 13 September depan sempena tarikh ulang tahun kelahiran saya. Satu hari, saya terima WhatsApp kiriman seorang lelaki memaklumkan akan berkahwin dengan bekas teman wanita.
"Waktu itu, saya baru tahu perkara sebenar dan terkejut kerana tiada masalah antara kami (dengan bekas teman wanita)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Tuan Muhammad Fahmey, dia turut diundang ke majlis perkahwinan namun tidak hadir.
"Saya tak kuat nak nak datang dan tengok dia bersanding dengan orang lain. Itu perkara yang saya paling takut dan akhirnya ia terjadi juga.
"Selepas dapat tahu dia akan berkahwin, saya sekat nombornya dan tidak lagi berhubung namun ibunya ada mesej saya tanya mengapa tak datang ke majlis perkahwinan anaknya," katanya.
Tuan Muhammad Fahmey berkata, niatnya berkongsi cerita di TikTok hanya untuk meluahkan perasaannya.
"Ia kerana ketika itu, saya tak tahu nak kongsi dengan siapa.
"Tak sangka kisah saya boleh tular hingga ramai turut bersimpati malah ada yang sampai nak jadikan menantu namun kebanyakannya beri komen positif dan beri kata semangat.
"Kini, emosi saya sudah stabil, sudah ikhlaskan mereka dan akur dengan takdir," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain babi mak betina tu mesej gitu. Memang takda common sense la kot keturunan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Amenda aku baca neh?
Point of story anyone??? |
|
|
|
|
|
|
|
Saikonya acik..
"Selepas dapat tahu dia akan berkahwin, saya sekat nombornya dan tidak lagi berhubung namun ibunya ada mesej saya tanya mengapa tak datang ke majlis perkahwinan anaknya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
So tiktok dia apa klu aku nak cari cerita lanjut?????? Wwrtawan ni mmg buat keje tangkap muat je ke??? Ss perbualan dgn suami ex gf dia mana???? Nak suruh cari sendiri kat Tt.. aku search nama Tuan tu x jumpa pun.. hempeh |
|
|
|
|
|
|
|
Jap aq x faham kira dia ngan gf dia couple 3 tahun siap janji nk kawin september tahun depan pastu ttiba ada lelaki ni mesej dia cakap nk kawin ngan gf dia,camtu ke???ke dia x tahu yg pompuan tu dh dump dia n cari org lain...pelik pulak cara mak x gf dia mesej tu cam dyorg putus cara baik |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kongsi kisah d tiktok tp xsangka tular???? |
|
|
|
|
|
|
|
Kau je kot yg perasan org tu gf? Entah2 girl tu anggap kwn je. Entah ye ke x dah ckup duit. Lambat sgt baik dia ambil yg lg kaya |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 23-7-2023 01:45 AM
Jap aq x faham kira dia ngan gf dia couple 3 tahun siap janji nk kawin september tahun depan pastu t ...
Klau tgk mesej mak prempuan tu, mcm prempuan tu kenalkan dia as kwn rapat / kwn baik jah |
|
|
|
|
|
|
|
kawan je kot..mcm kwn2 je mak cik tu tnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Content ke real ni? |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak baca, tapi laki tu comey
banyak budak ganu lalu FYP comey2 belaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|