CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Terengganu] Jodoh tak kesampaian

[Copy link]
Post time 22-7-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode

HANTARAN perbualan WhatsApp Tuan Muhammad Fahmey Tuan Azman dan ibu bekas kekasihnya. FOTO ihsan Tuan Muhammad Fahmey Tuan Azman

Dungun: "Sampai sini saja silaturahim kita ya," kata juruteknik,  Tuan Muhammad Fahmey Tuan Azman menerusi kapsyen  video di TikTok.

Tuan Muhammad Fahmey mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi kisah cintanya dengan bekas teman wanita yang tidak kesampaian.

Ia selepas wanita itu berkahwin dengan jejaka pilihannya baru-baru ini.

Menerusi dua hantaran berasingan, Tuan Muhammad Fahmey berkongsi tangkap layar perbualannya dengan  lelaki yang kini suami kepada  bekas kekasihnya dan ibu wanita berkenaan.

Perkongsian Tuan Muhammad Fahmey itu meruntun hati netizen yang rata-ratanya bersimpati dan mendoakan pemuda berkenaan bertemu dengan pengganti lebih baik.

Menceritakan isi hatinya, Tuan Muhammad Fahmey berkata, dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya itu selama tiga tahun dan sudah merancang untuk berkahwin.

"Saya sudah kumpul duit dan perancangannya nak kahwin pada 13 September depan sempena tarikh  ulang tahun kelahiran saya.

"Satu hari, saya terima WhatsApp kiriman seorang lelaki memaklumkan akan berkahwin dengan bekas teman wanita.

"Waktu itu, saya baru tahu perkara sebenar dan terkejut kerana tiada masalah antara kami (dengan bekas teman wanita)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Tuan Muhammad Fahmey, dia turut diundang ke majlis perkahwinan namun tidak hadir.

"Saya tak kuat nak nak datang dan tengok dia bersanding dengan orang lain.

"Itu perkara yang saya paling takut dan akhirnya ia terjadi juga.

"Selepas dapat tahu dia akan berkahwin, saya sekat nombornya dan tidak lagi berhubung namun ibunya ada mesej saya tanya mengapa tak datang ke majlis perkahwinan anaknya," katanya.

Tuan Muhammad Fahmey berkata, niatnya berkongsi cerita di TikTok hanya untuk meluahkan perasaannya.

"Ia kerana ketika itu, saya tak tahu nak kongsi dengan siapa.

"Tak sangka kisah saya boleh tular hingga ramai turut bersimpati malah ada yang sampai nak jadikan menantu namun kebanyakannya beri komen positif dan beri kata semangat.

"Kini, emosi saya sudah stabil, sudah ikhlaskan mereka dan akur dengan takdir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... odoh-tak-kesampaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.389298 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list