CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Kedah] Kedatangan pelancong ke Langkawi perlahan

[Copy link]
Post time 22-7-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode

WAN Kamarul (dua dari kiri) menyerahkan beg cenderahati kepada seorang pelancong dari Chengdu, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Pertumbuhan industri pelancongan pulau peranginan ini masih perlahan apabila hanya merekodkan kemasukan seramai 1.3 juta pelancong atau 41.7 peratus pada suku kedua tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 92.5 peratus atau 1.2 juta adalah pelancong domestik, manakala 7.5 peratus atau 100,000 lagi membabitkan pelancong antarabangsa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, angka itu masih jauh untuk mencapai sasaran 3.2 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

"Ketika ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) menerima 56 penerbangan masuk sehari, diyakini turut membantu melonjak kemasukan pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Penerbangan Sewa Khas dari Chengdu, China di LTAL, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia/Afrika Tourism Malaysia, P Manoharan dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi (Pembangunan), Zulkifli Abdullah.

Mengulas penerbangan sewa khas dari Chengdu, katanya, seramai 1,800 pelancong dari bandar raya mega itu akan mengunjungi pulau ini menerusi 10 penerbangan sewa khas bermula hari ini hingga 30 Julai ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... e-langkawi-perlahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.130139 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list