CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

[Pahang] Rezeki peroleh zuriat selepas 14 tahun menanti

[Copy link]
Post time 22-7-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Nurashhyikin bersama suami dan anak yang dinanti selama 14 tahun. FOTO IHSAN NURASHHYIKIN ABD LATIP.

Kuantan: "Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya tidak pernah hamil dan tak tahu nak gomol (peluk dan cium) anak siapa tetapi akhirnya rezeki memihak kepada kami untuk memiliki anak sendiri. Dapatlah gomol puas-puas," kata Nurashhyikin Abd Latip.

Nurashhyikin, 36, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya bersama suami, Ridhuan Ramli, 44, dan anak tunggal mereka, Muhammad Tariq El Aiman yang kini berusia lima bulan 10 hari dengan keterangan penantian 14 tahun untuk menimbang cahaya mata sendiri.

Nurashhyikin berkata, kehadiran Muhammad Tariq El Aiman dianggap seperti rezeki terindah yang tidak disangka kerana impiannya untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.

Menurutnya, sepanjang 14 tahun dia banyak memendam rasa berhadapan pertanyaan orang sekeliling mengenai zuriat, namun mengakui tidak mengambil hati dengan perkara itu sebaliknya dia dan suami sentiasa berlapang dada.

"Saya ambil pendekatan kalau ada, adalah kalau tidak itu bukan rezeki kami tetapi kami tetap berusaha dan sepanjang tempoh berdua kami kerap ditanya mengenai anak tetapi keluarga sentiasa beri sokongan.

"Tak sangka Allah SWT hadirkan rezeki dalam sekelip mata dan 14 Februari lalu anak yang dinanti selama 14 tahun selamat dilahirkan dengan sihat.

"Saya dan suami sangat gembira dengan rezeki ini terutama suami apabila dia akhirnya mempunyai zuriat sendiri ketika berusia 44 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia tidak pernah berasa rezekinya lambat biarpun tempoh perkahwinan melebihi satu jangka masa yang lama kerana baginya rezeki Allah SWT akan tiba tepat pada masanya mengikut perancang terbaik untuk hidup mereka.

"Anak ini juga saya anggap seperti pengganti arwah ayah kerana berita kehadirannya kami terima selepas dua minggu ayah meninggal dunia.

"Ketika ayah sakit saya yang menjaga dan menguruskannya di hospital tetapi tak sangka rupanya anak sudah berada bersama saya ketika itu.

"Saya tahu saya hamil ketika kandungan berusia empat bulan dan dalam kesedihan kehilangan ayah tersayang Allah hadirkan zuriat yang sekian lama ditunggu-tunggu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-14-tahun-menanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list