Pernah menjadi sebutan kerana mengenakan harga melampau kepada pelanggannya, sebuah bengkel tular di Indonesia musnah dijilat api pada Rabu malam.
Menurut saksi, bengkel di Madang, Bogor itu terbakar kira-kira pukul 11 malam, dua jam selepas ia ditutup pada hari kejadian.
Bengkel terbakar itu pernah tular gara-gara harga mahal
"Bengkel itu terbakar kira-kira pukul 11 ke 11.30 malam. Saya tak pasti waktu yang tepat. Apinya agak marak. Seram juga.
"Takut merebak ke tempat lain tapi Alhamdulullah penyelamat cepat sampai, jadi api tak sempat merebak. Cuma bengkel saja," ujar saksi.
Pasukan penyelamat berkata tiada korban jiwa berlaku dan kebakaran tersebut berpunca daripada litar pintas.
Untuk rekod, bengkel itu pernah tular pada Mei lalu kerana mengenakan harga mahal kepada seorang pelanggan yang datang untuk menukar minyak enjin.
Sumber: mStar |