CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 638|Reply: 1

HFMD boleh jangkiti orang dewasa

[Copy link]
Post time 21-7-2023 08:53 AM | Show all posts |Read mode
HFMD boleh jangkiti orang dewasa


VIRUS HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat. – Gambar hiasan


MELIHAT anak kecil yang gemar memasukkan hampir semua benda ke dalam mulutnya menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa.

Ini kerana, perilaku sedemikian boleh merisikokan anak-anak kepada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Penyakit ini sangat mudah berjangkit. Jadi tidak hairanlah, kita sering mendengar tentang kluster jangkitan HFMD di negara ini.

Malah, HFMD sangat mudah menular dan virusnya boleh kekal ‘dieram’ sehingga 14 hari.

Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr. Erwin Khoo berkata, gejala-gejala biasa HFMD termasuklah demam, luka di dalam mulut dan ruam.

Menurutnya, HFMD dan cacar air adalah contoh viral exanthem iaitu ruam atau radang pada kulit yang disebabkan jangkitan virus.

“Penyebab HFMD adalah virus dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71.

“Virus-virus ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan serta kaki,” katanya.

Tambahnya, virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari.

Tempoh eraman biasanya di antara tiga ke tujuh hari dan boleh sehingga dua minggu. Ini menjadikan HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat terutamanya jika barang mainan serta perkakas dikongsi.

Selain itu, virus ini boleh merebak jika kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik terutama ketika melakukan rutin menukar lampin selepas kanak-kanak membuang air besar.

Ketika kebanyakan daripada kita menganggap HFMD sebagai penyakit zaman kanak-kanak kerana kebanyakan kes jangkitan melibatkan mereka di bawah usia enam tahun.

Hakikatnya, ia boleh menjangkiti orang dewasa. Sesetengah mereka berpendapat, orang dewasa mendapat gejala yang lebih serius. Namun, kajian mendapati orang dewasa hanya mengalami gejala lebih ringan.


DR. ERWIN


Dr. Erwin menjelaskan, orang dewasa yang dijangkiti boleh menularkan virus kepada orang lain.

“Sebagai contoh, pesakit yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak boleh membawa virus ke rumah dan menjangkiti pasangan dan anak-anak.

“Tidak mustahil untuk mendapat HFMD lebih daripada sekali kerana strain yang berbeza, selain keimunan kepada enterovirus adalah bersifat sementara,” jelasnya.

Dalam pada itu, jika ada pesakit HFMD di rumah, ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan berwaspada tentang kepentingan, mengehadkan hubungan dan mengamalkan kebersihan tangan.

Ibu bapa dan penjaga juga perlu membasuh tangan atau membasmi kuman dengan kerap, terutama selepas merawat anak yang menghidap HFMD.

Dr. Erwin menjelaskan, kawasan umum di dalam rumah perlu sentiasa dilap dengan pembasmi kuman, elakkan berkongsi makanan serta perkakas dan tidak menyentuh mata atau hidung.

“Langkah- langkah ini perlu diteruskan sehingga 10 hari. Kanak-kanak yang disahkan mendapat HFMD perlu duduk diam di rumah untuk mencegah penyebaran jangkitan kepada orang lain,” terangnya.

Namun begitu, langkah ekstrem seperti mengasingkan kanak-kanak itu bersendirian di bilik adalah agak melampau dan tidak wajib.


RUAM merupakan salah satu gejala HFMD. – Gambar hiasan


Hal ini kerana virus penyebab HFMD tidak merebak melalui udara seperti jangkitan saluran pernafasan lain.

Dr. Erwin menjelaskan, biarpun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, tetapi tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejala. Menurutnya, apa yang ada kaedah melegakan simptom.

“Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah merawat demam dengan memberi paracetamol atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs). Ia turut membantu mengurangkan kesakitan dan radang pada ulser mulut.

“Namun begitu, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak sebelum memberi NSAIDs kepada anak mereka,” terangnya.

Tambahnya, ibu bapa juga boleh beri anak makan makanan yang senang ditelan seperti sup dan bubur nasi.

Selain itu, cegah penyahhidratan dengan memberi anak minuman atau jus kesukaan mereka. Antara langkah lain yang boleh diambil adalah mandi dengan kerap untuk melegakan kudis dan keringkan dengan lembut menggunakan tuala.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... gkiti-orang-dewasa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 09:27 AM | Show all posts
Sebenarnya memang diketahui that adults can get HFMD too; tetapi this is agak jarang. Juga, bila kena, adults mainly dapat more of muscle aches and pains
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.329092 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list