CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Sabah] Perintah Berkurung dilanjutkan sehingga 3 Ogos depan

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:53 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Perintah berkurung bagi kali ke-215 akan dilanjutkan selama dua minggu sehingga 3 Ogos depan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata perintah berkurung melibatkan tujuh daerah di kawasan perairan pada jarak tiga batu nautika ke atas bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.

Katanya pengguna perairan boleh memohon permit daripada ketua polis daerah berkenaan kebenaran untuk memasuki kawasan perintah berkurung secara sah.

“Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung ini adalah bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau peranginan.

“Hasil maklumat risikan mendedahkan kumpulan militan Abu Sayyaf dan pihak yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan,” katanya.

Tambahnya pelanjutan ini juga bertujuan untuk menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di bahagian daratan kawasan ESSZONE.

“Dengan pelaksanaan perintah ini juga akan mampu memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

Pelaksanaan perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047565 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list