CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Sabah] Warga emas hilang disyaki dibaham buaya

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:50 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba dan PDRM menjalankan operasi di sekitar sungai berkenaan.

TAWAU: Seorang lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib kita, di sini, semalam.

Mangsa, Addi Bangsa, 60, dipercayai dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai berkenaan kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 pagi tadi.

Katanya, pengadu memaklumkan mangsa dipercayai dibaham buaya di kawasan sungai berkenaan ketika turun ke botnya.

“Susulan itu, seramai lima anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan bot dengan kaedah surface searching,” katanya dalm kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pencarian dilakukan di sepanjang muara sungai dengan radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini jam 6 petang tadi, mangsa belum ditemukan dan operasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.256331 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list