CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

[Borneo] https://www.utusanborneo.com.my/2023/07/20/sarawak-cadang-naik-taraf-pesawat-maswings-sebaik-diambil-alih-abang-johari

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:40 PM | Show all posts |Read mode


Kontinjen Gabungan Media Sarawak antara yang mengambil bahagian dalam Perarakan Hari Sarawak 2023. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Raptai penuh Perarakan Hari Sarawak 2023 di Padang Merdeka hari ini berjalan lancar dengan penyertaan sebanyak 75 kontinjen.

Menteri bertanggungjawab Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau berpuas hati dengan hasil daripada raptai penuh hari ini.

“Saya berpuas hati dengan persembahan meskipun ada beberapa bahagian yang perlu diperhalusi lagi,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan raptai penuh hari ini.

Daripada 75 kontinjen yang menyertai perarakan pada 22 Julai nanti, enam merupakan kontinjen khas, tujuh kontinjen keselamatan dan pertahanan awam dan 60 kontinjen bertanding.

Perarakan pada Sabtu ini akan bermula jam 8.30 pagi di Padang Merdeka yang akan turut menyaksikan penyampaian pingat peringatan kepada individu yang menyumbang kepada kemajuan Sarawak.

“Terdapat juga pameran digital di Plaza Merdeka, jamuan negeri di Dewan Santapan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) dan konsert di Padang Merdeka.

“Selepas jamuan negeri sekitar jam 10.30 malam akan ada pertunjukan bunga api yang boleh disaksikan di Kompleks DUN dan Padang Merdeka,” ujarnya yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Abdul Karim turut menasihati mereka yang ingin menyaksikan perarakan Hari Sarawak agar datang awal pada pagi Sabtu di Padang Merdeka.

Pengunjung turut dinasihati supaya berkongsi kereta dan meletak kenderaan jauh sedikit dari kawasan Padang Merdeka di kawasan Satok atau Taman Budaya.

Mereka dari kawasan Petra Jaya katanya boleh meletak kenderaan di sebarang sungai dan berjalan kaki melalui Jambatan Darul Hana.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list