View: 1046|Reply: 12
|
Lelaki Dikecam Tiba-Tiba Melutut Melamar Teman Wanita Tengah Ambil Ijazah Di Majlis Konvokesyen
[Copy link]
|
|
LONDON – Seorang graduan Universiti Newcastle di England tergamam apabila dilamar teman lelakinya ketika dia menerima ijazah semasa menghadiri majlis konvokesyen.
LadBible melaporkan, dalam klip video yang dikongsikan pihak Universiti Newcastle di laman Twitter, wanita berkenaan dilihat berjalan menghampiri pentas di dewan King’s Hall untuk menerima ijazahnya.
Secara tiba-tiba, teman lelakinya muncul dan berlutut di hadapan wanita tersebut lalu melamarnya sambil memegang sebentuk cincin.
Foto: ladBible
Tindakan itu membuatkan dia tergamam, namun disambut sorakan hadirin. Wanita itu mengangguk kepala sebagai tanda setuju dan disambut oleh tepukan gemuruh penonton sebelum teman lelakinya menyarung cincin lamaran ke jarinya.
Tetamu kehormat majlis itu turut sama memberikan penghormatan kepada pasangan tersebut dengan berdiri dan bertepuk tangan.
“Ada pelbagai cara untuk menjadikan hari bersejarah anda di King’s Hall agar lebih diingati #WeAreNCL #NCLGrad,” demikian menurut keterangan pada video yang dimuat naik itu.
Video itu menjadi tular, namun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan teman lelaki wanita berkenaan kerana menganggap ia mengganggu hari penting tersebut.
“Sangat teruk. Kasihan wanita itu. Salah satu daripada hari terindah buatnya telah dirampas oleh seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri,” kata seorang netizen.
“Pesanan untuk lelaki. Jangan bertindak begini,” ujar netizen lain. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
bebudak tak sunat sama sunat laser sama je level deme ekk
must be sumthing in the water
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang pelik2 perangai nak viral |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 perangai mcm xde adab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah sudah ipta msia kena tambah rules |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 anak melayu jgn mengada2 nak ikut trend begini. Berlutut bagai untuk melamar. Orang barat, lantak depalah. Orang melayu ada adat, jumpa dulu makbapak atau ahli waris ketika melamar. |
|
|
|
|
|
|
|
Biar la kat dorang .. yakin betul gf dia akan say yes la tu.. kalau tak mmg laki tu sejenis gila..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
pastu satu dewan tepuk? cam hanat |
|
|
|
|
|
|
|
tengok rupa macam leluhur je.. |
|
|
|
|
|
|
|
common sense takde.
semuanya demi untuk jadi viral. bodoh is the new pandai for budak2 sunat laser. |
|
|
|
|
|
|
|
igtkan lelaki itu naib canselor yg bg skrol
|
|
|
|
|
|
|
|
lelaki spesis bangang jer melutut
"i will be your servant for life"
gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sudah ipta msia kena tambah rules |
|
|
|
|
|
|
| |
|