CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 4

Penduduk Bawa Jenazah Naik Bot Jambatan Kampung Tanjung Kerayong Runtuh

[Copy link]
Post time 20-7-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Kampung Tanjung Kerayong dekat Mentakab di Temerloh mengeluh menghadapi kesukaran ke tanah perkuburan selepas jambatan di kampung itu runtuh.


Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu tidak dapat digunakan oleh penduduk selepas ia runtuh akibat kayu yang hanyut merempuh tiang dan gelegar jambatan tersebut semasa banjir 2021 lalu.




Inisiatif JPKK yang menyediakan perkhidmatan bot ke kawasan perkuburan selepas jambatan runtuh pada 2021.




"Terpaksa naik bot nak ke seberang, kalau ikut jalan darat jauh. Dulu ada jambatan mudah, sekejap saja sampai ke kubur," antara luahan mereka.


Selain urusan kematian, jambatan itu digunakan penduduk untuk membawa keluar hasil pertanian selain menghubungkan empat kampung berhampiran iaitu Kampung Mambang Berulang, Kampung Gantok, Kampung Raja dan Kampung Sungai Dingin.


Situasi itu menimbulkan kesukaran buat lebih 1,000 penduduk kampung tersebut yang amat berharap supaya jambatan baharu dapat dibina dalam tempoh terdekat.




Jambatan konkrit yang runtuh akibat banjir pada 2021 menyukarkan penduduk di Kampung Tanjung Kerayong dekat Mentakab.




Alternatif lain penduduk terpaksa mengguna jalan jauh lebih tujuh kilometer melalui Kampung Gantok berbanding hanya beberapa minit untuk ke kawasan perkuburan jika menggunakan jambatan.


Bagi Fauzi Abdul Rahman, 56, sejak jambatan itu runtuh banyak urusan penduduk terjejas dan menimbulkan kesukaran buat mereka.




Fauzi




"Dulu ada jambatan ini, mudah dan selesa. Nak ke kubur sekejap sahaja sampai. Nasib baik ada juga bot, kalau tak memang jauh juga guna jalan lain. Kalau nak bawa hasil kebun sekarang pun makan masa berbanding dulu," ujar Fauzi.


Sementara itu, wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Abdullah Khaidir Romli berkata, masalah berkenaan perlu segera diatasi demi kemudahan buat penduduk.




Abdullah




"Memang kami sangat berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera kerana ia kemudahan buat rakyat.


"Buat masa ini, JPKK mengambil inisiatif sendiri menyediakan perkhidmatan bot untuk pergi ke kawasan perkuburan selain penduduk menggunakan bot sendiri," katanya yang memaklumkan jambatan itu dibina pada 2000.




Penduduk menggunakan khidmat bot yang disediakan oleh JPKK untuk ke kawasan perkuburan selepas jambatan di kampung itu runtuh.




Nasib penduduk di kampung tersebut turut mendapat perhatian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Membantu Rakyat Temerloh.


Pengerusinya, Datuk Seri Alimudin Sawal menggesa supaya kerajaan dapat menyegerakan pembinaan jambatan baharu di kampung itu.


"Sampai bila penduduk nak tunggu, kalau tidak dapat bina jambatan konkrit yang mungkin kosnya tinggi, alternatif lain seperti jambatan gantung, kos lebih rendah demi kegunaan penduduk," tambah beliau.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa adun dan mp kawasan ni??? Benda penting mcm ni x dpt kan bantuan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 12:31 AM | Show all posts
letaklah sorang sepet dan sorang  hitam legam kat kg tu

pasti MADANI bantu buat jambatan baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sambaldurian at 21-7-2023 07:41 AM

Sbb  dh ada jalan dalam tp 7 km jauhnya, tu majlis rs x perlu kot nk buat jambatan baru..cmni la klu xnk kuar kos buat jambatan, carilah tanah  wakaf buat kubur x yah g seberang. G kebun jalan  jela guna 7km jalan sedia ada ( bukan apa Msia ni klu bg juta2 ntah bape subcon lalu, jambatan buat cincai2, banjir dtg lg hanyut )
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni actually biasa untuk orang dulu2 yang memang hidup seharian berkawan dgn sungai pahang.

Nak minta jambatan tapi Pahang xde PRN kesian orang Temerloh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049856 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list