CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pusat beli-belah diminta sedia parkir khas penghantar makanan

[Copy link]
Post time 20-7-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Pusat beli-belah diminta sedia parkir khas penghantar makanan


Nur Izzati Mohamad - Julai 20, 2023 @ 3:59pm bhnews@bh.com.my




Nurul Izzah Anwar (tengah) ketika bertemu sekumpulan penghantar makanan di Permatang Pauh, Pulau Pinang.




BUTTERWORTH: Semua pihak khususnya pengurusan pusat beli-belah seluruh negara diminta membantu mempermudahkan pekerja penghantar makanan dengan menyediakan parkir khas untuk mereka meletak motosikal.

Ini kerana mereka terpaksa berdepan cabaran, termasuk caj dikenakan pusat beli-belah untuk meletak motosikal ketika keluar masuk membuat pesanan dan mengambil makanan dari restoran atau kedai makan.

Ketiadaan parkir khusus untuk penghantar makanan atau 'riders' meletak motosikal juga menyebabkan golongan itu disaman pihak berkuasa kerana meletak motosikal di lokasi tidak sepatutnya, terutama di tepi jalan awam.

Masalah itu diadukan sekumpulan penghantar makanan di Permatang Pauh, di sini kepada bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Nurul Izzah Anwar yang memohon bantuannya mencari jalan penyelesaian.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, berkata pekerja gig ekonomi itu adalah sebahagian daripada tulang belakang negara dan mempertaruhkan nyawa setiap hari di jalan raya untuk memastikan pesanan pelanggan dihantar tepat pada masanya.

"Oleh kerana sifat pekerjaan mereka, pelbagai cabaran dilalui, termasuk perlu keluar masuk pusat beli-belah sehingga 10 kali sehari untuk membuat pesanan dan mengambil makanan dari kedai di dalam kompleks itu.

"Masalah besar yang dihadapi pekerja gig ini adalah tempat parkir untuk motosikal mereka ketika masuk untuk mengambil makanan di kedai, terutama yang terletak dalam pusat beli-belah yang ada juga memerlukan mereka membayar caj dan membebankan kewangan pekerja ini.

"Untuk menjimatkan kos, mereka sering letak motosikal di sepanjang jalan di luar pusat beli-belah semasa masuk untuk mengambil makanan sehingga menimbulkan masalah lalu lintas dan menyebabkan mereka disaman," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kebanyakan penghantar makanan atau pekerja gig di negara ini bukan daripada keluarga berada dan tentu membebankan jika disaman, sesetengahnya adakala dikenakan dua hingga tiga saman sehari dan menggunakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membayarnya.

Dalam isu membabitkan kumpulan penghantar makanan di Permatang Pauh, beliau berkata, mereka telah meminta pengurusan pusat beli-belah menyediakan kawasan parkir khas untuk meletak motosikal, tetapi tidak mendapat persetujuan.

"Saya terpaksa melakukan sesuatu kerana mereka sangat memerlukan bantuan. Biarpun bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, saya mengadakan rundingan dengan pengurusan sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya untuk mengutarakan permasalahan dihadapi pekerja gig berkenaan.

"Hasilnya, pihak pengurusan pusat beli-belah itu bersetuju menyediakan tempat letak motosikal khas untuk penghantar makanan berurusan. Saya berterima kasih dan berharap pihak lain juga dapat membantu memudahkan urusan pekerja penghantarran ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055763 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list