CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Terengganu] Nasi lemak, nasi minyak berlauk hanya RM1

[Copy link]
Post time 20-7-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

GERAI nasi lemak RM1 milik Aslinda Abdul Jalil di Kampung Kelulut, menjual nasi lemak pelbagai jenis lauk-pauk dengan harga RM1. FOTO Nazdy Harun

Marang: Walaupun berdepan dengan kenaikan kos harga barangan namun seorang ibu tunggal masih mampu menjual nasi lemak dengan harga mampu milik serendah RM1 sebungkus.

Aslinda Abdul Jalil, 48, dari Kampung Darak Pak Chan dekat sini, berkata, biasanya dia menyediakan kira-kira 300 hingga 350 bungkus nasi lemak sehari.

Menurutnya, dia akan menggandakan bilangan hingga mencecah 500 bungkus sehari pada musim cuti.

Katanya, dia mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki dengan menjual nasi lemak RM1 dengan pelbagai lauk-pauk sejak setahun lalu.

"Pada mulanya saya hanya menyediakan dua jenis lauk iaitu ikan dan telur, namun selepas nasi lemak yang dijual mendapat sambutan, saya menambah kepada pelbagai jenis lauk.

"Saya turut menjual nasi minyak berlaukkan ayam dan daging dengan harga yang sama.

"Seawal 2 pagi saya sudah bangun untuk menyiapkan nasi lemak yang mana sebahagiannya dijual sendiri di gerai di Kampung Kelulut dan sebahagiannya juga dihantar ke kedai kopi di kampung berhampiran.

"Melihat kepada peningkatan harga barangan selain harga makanan mendorong saya untuk menjual nasi lemak berkenaan namun untung hasil jualan tetap ada," kata ibu kepada empat cahaya mata.

Menurutnya, dia menjual nasi lemak siap dibungkus dengan pelbagai jenis lauk antaranya telur, ikan, bilis, kerang, udang, paru dan sotong.

Katanya, dia membuka gerai seawal 6.45 pagi sehinggalah habis nasi lemak yang dijual dan paling awal dia menutup gerainya pada 8 pagi dan paling lewat pada 11.30 pagi.

Aslinda berkata, dia kini mengaji seorang pekerja untuk menjual nasi lemak di gerainya, manakala dia pula akan melakukan kerja menghantar nasi lemak ke beberapa kedai kopi di beberapa kampung berhampiran.

Menurutnya, walaupun kos harga barangan meningkat namun dia akan terus mengekalkan harga RM1 bagi setiap bungkus nasi lemak yang dijualnya yang dianggap sebagai perkongsian rezeki dengan pelanggan.

"Niat saya ingin membantu orang ramai untuk mendapatkan hidangan nasi lemak mampu milik, oleh itu saya terjemahkan dengan menjualnya dengan harga RM1.

"Alhamdulillah, walaupun dijual dengan harga RM1 namun masih ada untung walaupun sedikit selain dapat membayar upah pekerja," katanya.

Pelanggannya, Hasnah Mohamed , 43, berkata, walaupun dijual dengan harga RM1 namun berbaloi kerana setiap bungkus mempunyai lauk berbeza.

"Contoh, kalau nak makan lauk paru dan ikan kita boleh membeli dua bungkus dengan harga RM2 yang dilihat masih rendah namun dengan dua bungkus nasi lemak ini sudah memadai untuk kenyang.

"Setidaknya, untuk makan pagi saya sudah dapat menjimatkan wang jika dibandingkan dengan sepinggan nasi lemak yang dijual dengan harga RM4," katanya.

Seorang lagi pelanggan, Aisyah Sulong, 35, berkata, sebagai pengguna dia menyokong langkah yang diambil peniaga berkenaan kerana menjual makanan dengan harga mampu beli.

"Kami sedar kenaikan harga barangan mengakibatkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan namun bagi saya sebagai pengguna harus bijak memilih untuk mendapatkan makanan dengan harga berpatutan.

"Walaupun, RM1 namun aneka lauk membolehkan saya memilih untuk menikmati nasi lemak ini sama ada ikan, bilis, telur, kerang, udang dan sebagai," katanya.

Menurutnya, dia menyambut baik langkah peniaga seperti ini yang dilihat sebagai situasi menang-menang sama ada pengguna mahupun peniaga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-berlauk-hanya-rm1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.167631 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list