View: 1095|Reply: 11
|
Daiyan Trisha Diserang Anxiety, Badan Lebam-lebam Dan Telinga Kena Jangkitan Gara-gara Sumpahan Jerunei
[Copy link]
|
|
Filem Sumpahan Jerunei membuat pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengalami sedikit ‘trauma’ dan anxiety.
Katanya, beberapa babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety.
IG
“Ketika saya jayakan babak-babak ekstrem dalam filem ini, saya alami banyak lebam-lebam pada badan. Banyak juga luka dan juga jangkitan pada telinga.
“Selain itu, saya turut alami serangan anxiety ketika menjayakan babak dalam selut. Begitu juga ketika jayakan babak dengan Tony Eusoff. Selepas selesai pun saya menangis sebab ia memang memberi kesan yang agak kuat kepada saya secara mental.
“Namun apa pun, apa yang saya lalui sangat berbaloi selepas melihat hasilnya,” katanya kepada Gempak.
Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Daiyan turut memberikan komen terhadap penampilannya yang agak berbeza sehingga gagal untuk dikenali ketika beraksi di layar lebar.
IG
“Proses penggambaran filem ini berlangsung sekitar empat tahun lalu, sebelum pandemik melanda dunia. Jadi ketika itu, saya mungkin tidak pentingkan penampilan dan kehendak karakter.
“Solekan pun saya tak kisah sangat… mungkin sebab itu saya nampak agak berbeza dalam filem ini,” katanya lagi.
Menampilkan pelakon lain seperti Uqasha Senrose, Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip dan Ruminah Sidek, Sumpahan Jerunei bakal ditayangkan pada 27 Julai depan.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
menguap tiap kali baca pasal dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jerunei memang keras. lalu sebelah je mmg auto tegak bulu roma |
|
|
|
|
|
|
|
korang semua mesti pegi tengok movie ini.....ada mistik. heroine nya sampai badan lebam lebam
|
|
|
|
|
|
|
|
jual unsur2 mistik utk lariskan film. mcm tu ugak la bila nak beribadah ke Mekah, selit unsur2 mistik. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain ko yach badan lebam2 bagai... hujung2 filem taraf jangan pandang belakang congkak jah... yihhh...
retis2 malaysia ni kalau tak verangan konon dah melakukan sedaya upaya untuk lakonan persis retis hollywood memang tak sah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku just nak tau kau akan kahwin bila dan dgn siapa. Lebam2 anxiety ni semua taknak tau. Apasal ramai betul artis ada anxiety skrg. Mcm mengada jer. |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes: Jerunei memang keras. lalu seb ...
Je rune Ini hantu kt Sarawak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ah ko retis terpaling kayap ada anxiety pehal bole gi healing kat cappadocia naik hot air ballon terus sembuh anxiety ko. |
|
|
|
|
|
|
|
jerunei ni kubur orang Melanau bangsawan. Kubur yang dibuat di puncak tiang kayu berukir. Kalau pergi daerah Mukah masuk kampung2 ada tiang2 kayu ada ukiran kat tengah2 kampung, itulah dia jerunei.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh my kuburan di tgh kampung...nnt nk tnye ex room mate i. dia org mukah, keturunan melanau
|
|
|
|
|
|
|
| |
|