CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1952|Reply: 5

Wow...Uqasha berkemban demi watak saja

[Copy link]
Post time 20-7-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Uqasha berkemban demi watak saja


UQASHA Senrose.


Kuala Lumpur : Uqasha Senrose, 31, menjelaskan adegan berkemban dan berpelukan dengan pelakon, Amerul Affendi dalam filem Sumpahan Jerunei yang menjalani penggambaran empat tahun lalu adalah bagi memenuhi tuntutan watak.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, kedua-dua babak itu dilakonkan sebelum dia berkahwin dengan Kamal Adli yang juga pelakon.

"Jika diamati skrip, adegan-adegan itu perlu bagi mencantikkan lagi jalan cerita filem ini. Selain belum berkahwin, ketika itu saya juga masih solo dan tidak mempunyai sebarang komitmen dengan sesiapa.

"Saya memang tidak boleh dicabar dan ingin melakonkan semua adegan sendiri tetapi ada batasnya. Sebenarnya babak itu bukan berkemban semata-mata, tetapi ada lagi seperti membabitkan kewujudan hantu. Namun, ia dipotong," katanya.

Uqasha berkata, ketika itu juga dia belum mempunyai sebarang ikatan dengan Kamal dan masih dalam fasa berkawan.

"Ini adalah kerjaya masing-masing dan tuntutan untuk menjayakan watak. Cuma bila sudah berkahwin berbeza batasnya," katanya.

Selain babak itu, Uqasha juga melakonkan sendiri untuk babak membabitkan aksi lasak.

"Setiap babak dalam filem itu sukar. Antaranya saya kena ikat dan naik atas pokok dan pokok jatuh depan muka. Saya juga melakonkan babak saya diikat dalam air.

"Selain itu, saya juga melakonkan babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan dari tandas di kampung berkenaan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ban-demi-watak-saja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 12:34 PM | Show all posts
berkemban ala2 cik siti wan kembang ke tu uolsss?
kalau ko yang berkemban dalam filem tu acik2 ok lagi..

jangan bandi suriati yang berkemban sudah...
harus acik2 semua boikot terus filem tu dan terpaksa team jeri dan terima heols bercinta dengan teman wanita khayalan... siap di sponsornyaaa duit kahwin yang tak cukup2 lagi tu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aki terbauang citer dulu2 sampai la zaman citer AR Badul sejenis pelakon dam adengan mandi sungai.. Basuh baju kat sungai sambil berkemban
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 01:09 PM | Show all posts
lmbtnye siap filem utk ditayangkan,,smpi 4 thn?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
beatgirlX replied at 20-7-2023 01:02 PM
Aki terbauang citer dulu2 sampai la zaman citer AR Badul sejenis pelakon dam adengan mandi sungai..  ...

Cite yang ada mak raja ema tu ke?
Dalanramai2 yang kemban dia sorang2 je yang gundu..
Comel je..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 01:49 PM | Show all posts
bagaimana pula demi agama & rasul?

tak tergamak koooooooo.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057627 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list