CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 14

"Tak Nak 'Makan' Seorang Lagi Pengacara,"- Ain Edruce Janji Nak Behave Di ABPBH35

[Copy link]
Post time 20-7-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Ain Edruce meluahkan rasa teruja apabila diberikan tanggungjawab untuk mengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35),  pada Jumaat ini.


Ain berkata dia tidak akan mensia-siakan peluang tersebut sekali gus menjadi pencapaian terbaiknya sepanjang bergelar hos.


Foto: IG




Malah, dia akui tidak sabar untuk bergandingan dengan pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan.


"Sejujurnya ini adalah pencapaian yang terbaik dan tinggi saya sebagai seorang pengacara, terutama dalam mengedalikan ABPBH. Memang bertahun juga saya nantikan peluang sebegini, saya tidak akan sia-siakan.


"Malah suami saya pun sangat teruja bila tahu dan dia mendoakan saya dapat buat yang terbaik. Dia sangat bersemangat, dia mahu saya buktikan saya boleh buat.




  



"Saya bersyukur juga dapat bergandingan dengan Johan. Dia adalah idola saya dalam pengacaraan dan dia merupakan pelawak tanah air yang semua orang kenal. Saya tahu Johan akan bantu saya nanti,"katanya kepada OhBulan.


Ain berkata dia juga akan berusaha sehabis baik untuk menjaga tingkah laku serta percakapan terutama lawak yang akan digunakan sewaktu di atas pentas acara berkenaan.


  



"Saya tahu, diri saya memang sejenis yang loud (lantang bercakap) dan percaya tak semua orang boleh terima perkara itu. Apatah lagi nanti akan digandingkan dengan Johan, dua-dua lantang juga.


"Jadi saya akan mainkan peranan saya untuk tone down (kurangkan lantang), kalau dua-dua kami lantang tak tahu jadi apa nanti.


  



"Kadang kala kita akan nampak sesetengah pengacara akan ‘makan’ seorang lagi pengacara. Saya dan Johan harap tidak akan berlaku perkara tersebut, sebab itu perlunya sesi rehearsal dan latihan sebelum acara sebenar. Oleh itu juga, lawak yang akan digunakan pun akan ikut kesesuaian nanti."


Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam, 21 Julai ini. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 12:15 PM | Show all posts
gudlak ain, tp mek mmg x suka heshe nyerit2 nih..
votes for mat lip ngan sherry jugok
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:19 PM | Show all posts
miemiecha replied at 20-7-2023 12:15 PM
gudlak ain, tp mek mmg x suka heshe nyerit2 nih..
votes for mat lip ngan sherry jugok

mat lip ngn sherry tu best ye mengacara
saling membantu x merapu
nampak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:23 PM | Show all posts
dah terbayang betapa sendunya nanti anugerah ni dengan suara bingit si ain...

dah la nak buat lawak pun tak sampai...

baik ko letak laki ko rhoperr indon keje kontrak tu jah yang air muka hari2 nampak sedih macam mintak permit kerja expired cepat supaya boleh pulang ke negara hindu majapahit...

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:29 PM | Show all posts
pembacagosip replied at 20-7-2023 12:19 PM
mat lip ngn sherry tu best ye mengacara
saling membantu x merapu
nampak bijak

kan kakak..terjerit2.. bingit jeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 06:33 PM | Show all posts
Bingit la jawabnyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape suggest dia eh. Sbb sore dia intonasi dia xsesuai utk abph. Aku plak rse pnt kang dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 09:43 PM | Show all posts
semalam iols layan live tiktok paknil...
paknil cakap patutnya heshe jd host abp dgn ain... tapi sebab heshe bz katanyeh terpaksa tolak...
dalam hati iols cakap... mesti nego payment tak berjaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 09:48 PM | Show all posts
ain edruce buat video boleh..pengacara tak boleh...melodi pon tak boleh apa entah lagi abp
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 20-7-2023 09:43 PM
semalam iols layan live tiktok paknil...
paknil cakap patutnya heshe jd host abp dgn ain... tapi seb ...

Ohh betui Ka..konsepnya nak gabungkan MC veteran dgn MC baru...
Patutnya boleh gabungkan halim othman dgn ain nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 08:55 AM | Show all posts
takde yg lebih bijak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 08:59 AM | Show all posts
suka hati engko laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 09:01 AM | Show all posts
kurang berminat cara pengacaraan beliau... mcm lawak tapi tak lawak.... tp dia ni queen material.. muka eksotik
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde bakat la dia ni mengacara

Mcm rempit bckp…
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 09:50 AM | Show all posts
September14 replied at 21-7-2023 09:11 AM
Xde bakat la dia ni mengacara

Mcm rempit bckp…

Kan.. Baca aje la keputusan di portal Berita Harian..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106071 Replies : 4838
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 31583 Replies : 8
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6977 Replies : 12
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41961 Replies : 84
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33213 Replies : 77
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 8457 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.085389 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list