CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima ahli sindiket pelaburan, judi antarabangsa ditahan

[Copy link]
Post time 19-7-2023 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Lima ahli sindiket pelaburan, judi antarabangsa ditahan

oleh  SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  19 Julai 2023   08:39pm





Gambar hiasan




GEORGETOWN - Lima lelaki termasuk seorang warga asing yang merupakan ahli sindiket pelaburan dan perjudian antarabangsa ditahan di daerah Barat Daya dan Timur Laut di sini pada jam 7.30 malam, 18 Julai.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 41 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya dan Timur Laut.

Menurutnya, serbuan pertama dibuat di sebuah rumah di kawasan Persiaran Pantai Jerjak di Bayan Lepas.

"Di situ, kita menahan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing. Pemeriksaan awal di lokasi mendapati, rumah itu mengandungi unsur-unsur judi dalam talian menggunakan pautan 'bwc88nep.com' dan 'merc.adminbwc88ags.com'.

"Susulan daripada itu, kita menyerbu lokasi kedua iaitu sebuah rumah di kawasan Jelutong pada jam 10.35 malam. Di situ, kita menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kamarul berkata, serbuan kedua dibuat di sebuah premis pejabat di kawasan Jelutong pada jam 11.30 malam.

"Premis itu dipercayai dijadikan untuk operasi cipta iklan (graphic designing), pengedaran iklan (flashing dalam media social Facebook) penyediaan platform perjudian 'bwc88nep.com' dan 'merc.adminbwc88ags.com' ke negara Nepal, Singapura dan seluruh negara ini.

"Pemeriksaan premis juga menjumpai satu set mesin disyaki 'mining machine crypto' serta terdapat gangguan pada meter Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kita turut merampas beberapa peralatan antaranya lima buah komputer riba, lapan monitor komputer, empat keping kad ATM dan satu set mesin mining yang mengandungi enam slot kad grafik card," katanya.



Tambah beliau, sindiket tersebut dipercayai menjalankan aktiviti judi dalam talian dengan menyasarkan pelanggan dari Nepal.

"Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak September 2021 sehingga sekarang dan akan bertukar lokasi dalam tempoh sebulan hingga enam bulan bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Kesemua yang ditahan hanya pekerja di situ.

"Kelima-lima lelaki tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka direman lima hari sehingga 22 Julai," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.284718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list