|
Salam semua,
aku ada soalan skit la nk tanya....cuma berdasarkan pemikiran aku jer
jodoh ni ditentukan sejak di Lauh Mahfuz lg kan...jadi persoalan yg aku nk timbulkan kt cni adalah berbunyi begini...
katalah seorang lelaki tu berkahwin lebih daripada seorang....adakah memang dah tertulis kat Lauh Mahfuz yang dia ni berkahwin ramai?
persoalan yang kedua plak..
jika satu pasangan tu bercerai adakah memang dah tertulis kt Lauh Mahfuz maksudnya ditakdirkanlah yg pasangan ni jodoh dia sampai situ je? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 22-12-2010 11:40
bab yg sudah tertulis nie mmg semuanya sudah tertulis....
Tuhan dah bagitahu,
nabi pun dah tahu,
kita pun tahu,
NAMUN, bagaimana cara kita menghadapi kehidupan sekalipun jodoh/takdir yg telah tertulis???
adakah dgn cara2 yg disarankan oleh ajaran2 sesat?
tidak, walopun takdir telah tertulis, cara kita hidup "TETAP" biasa sahaja....
bukti,
nabi adalah org paling faham agama apatah lg takdir,
tetapi baginda hidup biasa sahaja, yakni....---> BERUSAHA....DOA.... TAWAKKAL....
tak ada dlm sunnah baginda hidup menunggu takdir "execute"/dilaksana...TAK ADA...
jgn jadi seperti golongan jabariyah yg bersandar pada takdir secara berlebihan...
dan jgn seperti qadariyah yg melampau dlm menolak takdir.....
kedua2 persoalan yg diutarakan oleh tuan thread di atas jawapannya adalah ya, semua dah ditulis dan ditentukan....
tetapi apakah sikap kita???
kita tak tahu takdir kita apa walopun ditulis, jadi kita usaha mcm biasa.....
persoalan takdir nie jangan kusut2, kita hidup ,dan usaha mcm biasa saja.
cuma bila dah usaha bersungguh2 dan gagal, haaaa.....
masa nie kita boleh ungkit bab takdir, bukan utk kutuk Tuhan, tetapi utk tenangkan diri....
sebab bila kita fikir Tuhan yg izinkan ia jadi, maka kita akan tenang dan redha....
tugas kita jgn melatah je....
siapa tak melatah, itu kejayaan , Alhamdulillah...
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
sedikit cara memahami takdir,(bg perenggan ini sy memohon siapa2 sudi membetulkan jika sy tersilap)
takdir adalah lambang keluasan ilmu Allah....
contohnya,
sejak dari sebelum alam diciptakan lagi, Tuhan sudah tahu yg saya akan duduk di hadapan komputer saya dan anda yg membaca akan duduk di hadapan komputer anda, Tuhan mmg dah tahu, tetapi DIA tak paksa kita duduk....
buktinya cuba bangun dan pergi ke tempat lain, atau berdiri ka apa ka,
itu bukti kita sentiasa ada pilihan....
jadi jika cuba dikaitkan dgn persoalan tuan thread, mmg Tuhan dah tahu dan seseorang tu nakan kahwin berapa,
Tuhan dah tahu dan siapa yg akan bercerai,
tetapi TUHAN tak paksa....
bukti, cuba jangan bercerai atau kahwin 1 ke 2 ke 3 ke....tentu boleh buat pilihan....
dan pahala bagi org yg berbuat dgn terbaik dan sebaliknya bg mereka yg gagal dlm membuat pilihan...
wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Perancangan dan perlaksanaan, sesuatu yang telah dirancang pasti akan berlaku. Untuk mempercepat, melambatkan, boleh anjak dengan doa. Yang telah tertulis pasti akan berlaku. Jika tiada dalam perancangan, usahalah bagai nak rak takan dapat.
Disini dimanakah amal kita? amal kita adalah redha dengan setiap takdir yang telah ditentukan, redha adalah berserah diri. Contoh: Usaha telah dibuat sungguh2 tapi tetap gagal..maka kita redha disinilah pahalanya. Orang yang tak redha dengan suatu takdir boleh menyebabkan dia jadi mengumpat, menghina dan dendam sesama manusia.
Kalau dia redha dia akan senyum jee. Perkara yang telah dan sedang itulah perlaksanaan, perkara yang belum itulah perancangan. Kita tidak tahu apa akan jadi esok, kita usahalah pada kadar terbaik dan logik. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada baca. qada dan qadar boleh diubah dgn doa.. betui ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada baca. qada dan qadar boleh diubah dgn doa.. betui ka?
mix_chinese Post at 23-12-2010 14:02
qada ada 2.
qada yg boleh berubah2
qada yg tetap.qada mubram.
qada yg boleh berubah2...akan diubah(dengn kehendak Allah jua) jika kita berdoa.
qada mubram MMG TAK BOLEH DIUBAH walaupun ngan doa sekalipun.
ada 4 jenis qada mubram: jodoh(or none of it), rezeki,mati..lagi satu saya lupa.
wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada firman - "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubahnya sendiri"
Dulu aku ada ajukan soalan kat satu forum: "kalau Datuk K tu org kampung kerja toreh getah, adakah CT akan kawin dgn dia?" Takde siapa boleh jawab.
So, toksah fikir sgt bab nie. Kalau pikir byk nanti jadi gila. Berusaha, berdoa dan bertawakal. Nabi sendiri tak galakkan umatnya memikirkan sgt soal qada dan qadar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# sixret
so rezeki telah ditetapkan eventhgh kita usaha dan doa? |
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi sains, takdir adalah frekuensi tubuh seseorang. Jika frekuensinya negetif, maka nasibnya juga akan negetif. Jika frekuensinya positif maka nasib juga akan jadi positif. Setiap manusia yang lahir kedunia mempunyai frequensi yang tertentu. Dan frequensi ini juga boleh berubah mengikut masa dan usaha masing2.
Jodoh adalah keserasian frequensi sesuatu pasangan. Jika frekuensi sama, maka kekal le jodohnya. Jika frekuensi berubah, terjadi le penceraian. Frequensi tubuh boleh dikawal dengan menjaga emosi dan melakukan kebaikkan. Frequensi boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Untuk menjaga frequensi, berpindah le ke kawasan yang lebih baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi sains, takdir adalah frekuensi tubuh seseorang. Jika frekuensinya negetif, maka nasibnya j ...
Emoloser Post at 24-12-2010 12:29
Syukurlah, terjawab jugak misteri selama ni yg menghantui saya, tiap2hari saya terdengar2 suara orang bercakap dan menyanyi dari dalam dirisaya....mengikuti huraian incek, tahulah saya mungkin frekuensi badansaya 103.7FM... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# mix_chinese
so rezeki telah ditetapkan eventhgh kita usaha dan doa?
haaa!pandai pun'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi sains, takdir adalah frekuensi tubuh seseorang. Jika frekuensinya negetif, maka nasibnya juga akan negetif. Jika frekuensinya positif maka nasib juga akan jadi positif. Setiap manusia yang lahir kedunia mempunyai frequensi yang tertentu. Dan frequensi ini juga boleh berubah mengikut masa dan usaha masing2.
Jodoh adalah keserasian frequensi sesuatu pasangan. Jika frekuensi sama, maka kekal le jodohnya. Jika frekuensi berubah, terjadi le penceraian. Frequensi tubuh boleh dikawal dengan menjaga emosi dan melakukan kebaikkan. Frequensi boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Untuk menjaga frequensi, berpindah le ke kawasan yang lebih baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik.
Emoloser Post at 24-12-2010 12:29
ooo..teman ingatkan soh pindah dekat dgn pencawang.. |
|
|
|
|
|
|
|
rupanye nak ubah nasib hanya di ujung jari je ye..
tayah le jenuh teman berusaha dan berdoa..
tak gitu fathan?
Tak semudah yang disangka. Ada gak yang berkwan dengan orang kaya-kaya, tapi tak kaya gak. Ada yang berkwan dengan orang pandai, tak pandai gak. Kalau genetik tak elok, walaupun frequensi dia bagus belum tentu jadi. Semuanya adalah kombinasi sesuatu situasi. Itu pun kalau kita lihat dari sudut determinism le. Kalau lihat dari sudut quantum mechanic event. Takdir mungkin boleh berubah. Cuma tak pasti caranya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 25-12-2010 18:07
qada ada 2.
qada yg boleh berubah2
qada yg tetap.qada mubram.
qada yg boleh berubah2 ...
sixret Post at 23-12-2010 15:54
Nak tanya....
Qada yang berubah tu, maksudnya, Allah dah tetapkan seseorang tu punya takdir tetapi kemudian Allah pinda takdir tu sebab doa orang tu ke?
Maksud persoalan saya.... Allah pun boleh berubah pendirian ke? Sebab sebelum orang tu berdoa, Allah tak tahu yang orang tu akan berdoa? Termasuk tidak tahu apa yang orang tu akan doakan?
Bukan ke tu macam al-badal? Ahli sunnah boleh pakai ke al-badal? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak semudah yang disangka. Ada gak yang berkwan dengan orang kaya-kaya, tapi tak kaya gak. Ada yang berkwan dengan orang pandai, tak pandai gak. Kalau genetik tak elok, walaupun frequensi dia bagus belum tentu jadi. Semuanya adalah kombinasi sesuatu situasi. Itu pun kalau kita lihat dari sudut determinism le. Kalau lihat dari sudut quantum mechanic event. Takdir mungkin boleh berubah. Cuma tak pasti caranya lagi.
Emoloser Post at 25-12-2010 15:46
ooo... mike ni ahli muzik fizik...
explain le skit kaitan antara..
quantum mechanic event dgn takdir manusia..
sebab teman pensel mekanik tau le.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auReLL at 26-12-2010 14:15
Jodoh adalah keserasian frequensi sesuatu pasangan. Jika frekuensi sama, maka kekal le jodohnya. Jika frekuensi berubah, terjadi le penceraian. Frequensi tubuh boleh dikawal dengan menjaga emosi dan melakukan kebaikkan. Frequensi boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Untuk menjaga frequensi, berpindah le ke kawasan yang lebih baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik.
Emoloser Post at 24-12-2010 12:29
Errk, aku kurang setuju ler... kdg2, walau frekuensi sama sekalipun, klu dah takdirnya nak bercerai, bercerai juga... klu frekuensi x sama, tapi klu Allah izinkah jodoh itu panjang sehingga ke akhirat, panjang juga... bak kata, ia tidaklah bergantung sepenuhnya kpd frekuensi. Frekuensi tu hanyalah sebagai syarat jer... yg menentukan segalanya, tetap Allah... bukan apa, cuma takut kita terlalu taksub kpd sains/metafizik, sampai kita lupa pd Maha Pencipta... |
|
|
|
|
|
|
|
Errk, aku kurang setuju ler... kdg2, walau frekuensi sama sekalipun, klu dah takdirnya nak bercerai, bercerai juga... klu frekuensi x sama, tapi klu Allah izinkah jodoh itu panjang sehingga ke akhirat, panjang juga... bak kata, ia tidaklah bergantung kpd frekuensi. Frekuensi tu hanyalah sebagai syarat jer... yg menentukan segalanya, tetap Allah... bukan apa, cuma takut kita terlalu taksub kpd sains/metafizik, sampai kita lupa pd Maha Pencipta...auReLL Post at 26-12-2010 14:14
sebab tu la kuasa jatuhkan talaq tu ALLAH amanahkan kpd lelaki dan ALLAH hadiahkan kpd lelaki lebih byk aqalnya berbanding perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu la kuasa jatuhkan talaq tu ALLAH amanahkan kpd lelaki dan ALLAH hadiahkan kpd lelaki le ...
mr_evergreen Post at 26-12-2010 14:20
Arkk... apa kaitan dgn tajuk thread? hmy3: |
|
|
|
|
|
|
| |
|