CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 1

Rasuah: Imej Bersih Singapura Tidak Kekal Lama

[Copy link]
Post time 18-7-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Singapura: Imej Singapura yang sebelum ini bersih daripada rasuah kini sudah tercalar susulan penahanan seorang menteri Kabinet dan taikun hotel mewah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berprofil tinggi.


Kedua-dua individu itu ditahan berhubung salah satu kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.


Kes membabitkan Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran dan Ong Beng Seng turut menjejaskan imej parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).


KES membabitkan S. Iswaran dan Ong Beng Seng disifatkan menjejaskan imej Parti Tindakan Rakyat (PAP). - AGENSI




Singapura sering tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak bermula pada 1995.


Malah, pegawai awam Singapura antara yang dibayar gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima bayaran kira-kira 2.2 juta dolar Singapura (RM7.58 juta) setahun.


Itu antara strategi yang dikatakan mendorong kes rasuah di republik itu kekal rendah.


Siasatan itu dijalankan ketika PAP yang memerintah Singapura sejak kemerdekaan pada tahun 1965, sedang melaksanakan rancangan penggantian dalam parti itu.


PAP juga perlu memastikan sebarang implikasi akibat siasatan itu ditangani sebelum pilihan raya umum yang harus diadakan menjelang November 2025.


Bulan lalu, Menteri Luar, Vivian Balakrishnan serta Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K. Shanmugam didapati tidak bersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung isu penyewaan kediaman kolonial berhampiran kawasan elit.


Hsien Loong mengarahkan Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) melakukan semakan semula selepas pembangkang mempertikaikan mengenai kadar sewa dan ketelusan dalam memasarkan kediaman tersebut.


Pada tahun 1996, Hsien Loong yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, bersama bapanya, Lee Kuan Yew (perdana menteri pertama Singapura) berdepan tuduhan menerima diskaun berkaitan empat pangsapuri mewah yang dibangunkan oleh syarikat hartanah milik Beng Seng.


Perdana menteri ketika itu, Goh Chok Tong menegaskan siasatan perlu dijalankan bagi melindungi reputasi kerajaan tersebut.


Bagaimanapun, kedua pemimpin itu didapati tidak bersalah dalam siasatan berkenaan.


Pada tahun 1986, Teh Cheang Wan yang ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Negara disiasat oleh CPIB atas tuduhan menerima rasuah.


Cheang Wan menafikan tuduhan itu dan dilaporkan meninggal dunia sebelum didakwa secara rasmi. – AGENSI




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh suruh PAS bertanding di Singapura.

Bermodalkan hidung pesek  dan bibir tebal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list