CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 6

Bapa Impi Lihat Anak Bongsu Kembali Sihat, Lahir Normal Tapi Alami Gegaran Otak & Saraf Lumpuh Sejak Usia Dua Tahun Gara-Gara Jatuh Di Rumah Pengasuh ...

[Copy link]
Post time 18-7-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Kasih ayah membawa ke syurga. Begitulah juga Saipol Nizam Ali Piah, 47, yang cekal anaknya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) sejak 12 tahun lalu.


Anak bongsi daripada empat beradik, Anwareel Madyna, 14, dilahirkan normal namun disahkan mengalami gegaran otak dan masalah saraf tulang belakang seawal usia dua tahun dipercayai akibat terjatuh ketika berada di bawah jagaan pengasuh.


Disebabkan maslah kesihatan yang dialami oleh Anwareel, Saipol perlu sentiasa mendukung anaknya itu jika hendak pergi ke mana-mana.




Selepas daripada peristiwa tersebut, dia tidak lagi dapat membesar sama seperti kanak-kanak biasa. Anak perempuannya itu perlu sentiasa dijaga 24 jam sehari kerana dia boleh diserang sawan mahupun kekejangan otot pada bila-bila masa sahaja.


Disebabkan situasi itu, Saipol yang pernah bertugas sebagai pemandu lori sekitar tahun 2011 terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja bagi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk menjaga anaknya itu.


Menurut Saipol, oleh kerana keadaan tersebut, dia akan sentiasa membawa Anwareel ke mana-mana sahaja termasuk ketika menghantar abang dan kakaknya ke sekolah.


Pada waktu ini, Saipol berkata, Anwareel akan dibawa ibunya untuk menjalani rawatan terapi di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam, Selangor sebanyak dua kali sebulan.


Selain itu, dia yang juga berasal dari Puchong itu memberitahu anaknya akan turut dibawa untuk berurut seminggu sekali.


Saipol (kiri) bersama Anwareel ketika menunggu ahli keluarganya membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.




Menceritakan rutin hariannya bersama Anwareel, Saipol berkata, dia akan memulakan hari dengan memandikan anaknya itu sebelum membiarkannya menonton kartun kegemaran iaitu siri Upin dan Ipin.


Jelasnya, anaknya itu kemudian akan kembali tidur sekitar tengah hari sebelum bangun semula pada waktu petang.


Bapa itu mengakui dia masih menyimpan hasrat untuk melihat anaknya kembali sihat dan menjalani rutin harian sama seperti insan normal lain.


Dalam pada itu, Saipol mengakui keluarganya menghadapi kekangan daripada segi perbelanjaan selepas hanya bergantung kepada isterinya yang bekerja sebagai guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebuah sekolah di Meru Klang, Selangor.


Anak lelakinya yang berusia 22 tahun juga kini masih tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk membantu menyara keluarganya.


Saipol (kiri) melayani Anwareel yang sedang bermain kerusi muzik berirama di sebuah pasar raya di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.




Bagaimanapun, Saipol berkata, dia bersyukur kerana turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kira-kira RM300 daripada Lembaga Zakat Selangor bagi membeli barangan keperluan Anwareel.


Dua lagi anak Saifol masing-masing masih belajar dengan salah seorang daripadanya yang juga anak perempuan berusia 20 tahun kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala seorang lagi anak lelakinya masih berada di tingkatan empat sekolah menengah.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:48 AM | Show all posts
aku kesian
didoakan urusan anak dan pakcik ni dipermudahkan segalanya
dan anak kembali sihat


tp iols teringin nak tau, jatuh mcmn tu smp efek jadi cmni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:22 AM | Show all posts
semoga Allah memudahkan segala urusan kalian, Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:11 AM | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan untuk brader ni. Takde pulak bagi no akaun bank ke hape nak bagi sumbangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:43 AM | Show all posts
my father my hero

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:46 AM | Show all posts
Allahuakbar kesiannya..anak iollss penah terjatuh katil adeh risau la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan.. harap2 ada la yg nak sponsor kusi roda ke.. or sponsor bil buat treatment..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070869 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list