Kesesakan lalu linta teruk berlaku di Uttar Pradesh, India dek tindakan lelaki mementingkan diri yang menyambut hari lahir di tengah jalan raya.
Tindakan Pradeep telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mercun tersebut dibakar selama 30 minit. – Wikimedia Common
Times of India semalam melaporkan Pradeep Rathore membakar mercun di tengah persimpangan Old Mandi di bandar Agra sambil disertai rakan-rakannya.
Tindakan mereka menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mercun tersebut dibakar selama 30 minit.
Tidak dinyatakan sama ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka.
Namun, laman berita Times of India melaporkan bahawa Pradeep merupakan ahli pasukan media sosial parti politik, Parti Bharatiya Janata.
Sumber: Kosmo |