|
TikTok milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mempunyai lebih 432,600 pengikut yang disekat sejak kelmarin akhirnya boleh diakses.
Media sosial itu boleh dilayari seperti biasa dengan hantaran video yang boleh dilayari dengan normal.
Berbanding semalam, akaun itu dikatakan dipadam sehingga memaksa Pengarah Pilihan Raya Pas tersebut membuat akaun baharu.
Foto: Utusan
Sebaliknya, dakwa Muhammad Sanusi, akaun TikTok hanya boleh dilayari di luar negara dan tidak di dalam Malaysia.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah itu.
SKMM dalam kenyataan berkata, platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.
“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti.
“SKMM meneliti kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menuduh kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau. SKMM mengesahkan, tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini,” kata SKMM.-CARI
Sumber: Utusan |
|