CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 1

YB Sanggup Bayar RM50 Untuk Maklumat Lelaki Buang Sampah Tepi Jalan

[Copy link]
Post time 17-7-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Masih ramai yang dilihat ada kesedaran sivik agak rendah untuk membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat maju dan bersih. Contoh termudah adalah masih ramai yang culas nak buang sampah di tempat yang disediakan. Malah masih ramai yang dilihat membuang sampah di tepi jalan tanpa rasa bersalah.


Dalam satu kejadian, perbuatan seorang lelaki yang memberhentikan kereta dan membuang bungkusan sampah plastik hitam di tepi jalan dirakam oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof.






Rakaman dengan durasi 19 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan membawa bungkusan plastik sampah hitam sebelum melintas jalan dan membuangnya di tepi longgokan sampah lain.


Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan, beliau mengambil keputusan berkongsi rakaman video itu di Twitter dan memohon orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai lelaki berkenaan.


Dalam rakaman itu, wajah lelaki berkenaan dikaburkan, tetapi nombor plat kereta itu dikongsi bagi membolehkan pemilik kereta itu dikesan.


"Siapa kenal pemilik kenderaan ... sila roger. Sesuka hati buang sampah tepi jalan. RM50 kalau dapat berikan maklumat tepat. Term and conditions apply," katanya dalam ciapan di Twitter.





Bagaimanapun, terdapat pengguna Twitter lain yang mempersoalkan tindakan Edry Faizal yang tidak menegur secara peribadi lelaki itu, sekiranya beliau yang merakam klip berkenaan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 06:40 AM | Show all posts
Ntah la yb... Nape x turun tegur time tu. Hoi kn aje!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.416420 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list