CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 1

2 Tahun Nikah Masih Dara, Suami Tak Boleh 'Masuk' "Isteri Selalu Mimpi Seks Dengan Orang Lain, Bangun Tidur Kaki Kangkang, Seluar Tercabut"

[Copy link]
Post time 17-7-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Alims27 berkongsi mengenai pasangan suami isteri di mana si isteri masih kekal dara ketika usia perkahwinan menginjak ke tahun kedua.


"esakit suami isteri. Suami umur 30-an, isteri akhir 20-an. Sudah dua tahun berumah tangga, mengadu sejak nikah masih tidak pernah sekalipun berjaya 'bersama' kerana isteri seolah-olah terhalang daripada dimasuki.


"Telah berjumpa doktor pakar dan keadaan suami adalah normal dan isteri juga tiada sebarang penyakit yang menyebabkan halangan. Keadaan fizikal isteri juga normal seperti wanita lain," dedahnya menerusi posting di media sosial.





Gambar Hiasan





Ketika proses rawatan, wanita itu mendedahkan dia sering didatangi mimpi aneh ketika zaman bujang, dipercayai ada kaitan dengan gangguan jin.


"Setelah disoal siasat, si isteri menceritakan semasa bujang kerap mimpi 'bersama' dengan seseorang yang tidak dikenali. Apabila terjaga daripada tidur, kerap kali kedua belah kakinya berada dalam posisi terbuka dan lutut dilipat.


"ernah terjadi, apabila terjaga daripada tidur didapati seluar yang dipakai semasa tidur sudah tidak dipakai lagi. Semuanya berlaku tapa sedar dan tidak dapat diingati langsung bagaimana dan bila pakaiannya dibuka," imbasnya.


Tambahnya, wanita tersebut juga menangis sepanjang doa dibacakan ketika proses rawatan, namun dia sendiri tidak dapat menjelaskan punca kesedihannya itu.


"Apabila ditanya dia sendiri tidak tahu kenapa dia menangis dan akhirnya muntah," cerita pengamal perubatan itu lagi.


Di ruangan komen, ramai individu lain turut mendedahkan mereka berdepan situasi sama sehingga merosakkan hubungan rumah tangga.


Malah, mereka turut bertanya kepada pengamal perubatan itu tentang solusi kepada masalah dalam rumah tangga mereka.


"Ya Allah, benda ni la aku selalu mimpi sepanjang tempoh kahwin. Lalainya aku tak pergi berubat sampai dah cerai.


"Takutnya. Saya tiga tahun dah kahwin. Selalu sangat bermimpi saya bersama orang lain. Kadang mimpi suami bersama orang lain.


"Saya macam tu la. Kerap mimpi ular, mimpi bersama orang lain. Rupanya jin dan sihir ada orang hantar. Saya pergi berubat. Sakit tu hanya Allah yang tahu," tulis beberapa netizen.


Di ruangan komen, pengamal perubatan itu turut menggesa netizen yang mempunyai masalah sama agar mencuba rawatan di mana-mana cawangan Darussyifa atau pusat-pusat rawatan Islam yang diiktiraf.


Dia turut berpesan kepada netizen agar mengamalkan bacaan surah tiga Qul sebelum tidur serta doa-doa lain untuk mengelakkan sebarang gangguan bukan-bukan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 08:40 AM | Show all posts
dah buat dgn jin lettew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.541325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list