CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 533|Reply: 3

Pekerja Kedai Langsir Mengaku Salah Perkosa Remaja 13 Tahun

[Copy link]
Post time 16-7-2023 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Muar: Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual tanpa kerelaan remaja perempuan berusia 13 tahun, minggu lalu.


Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.


Mengikut pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa merogol mangsa dalam kereta jenis Proton Persona pada pukul 8 hingga 9.30 malam di hadapan kedai makan di sebuah flat di Kluang dekat sini.


TERTUDUH berusia 27 tahun (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, minggu lalu.




Lelaki itu juga dituduh melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa dan melakukan amang seksual di tempat dan lokasi sama.


Bagi kesalahan rogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimun 30 tahun dan sebatan.


Bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Bagi pertuduhan amang seksual, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, Danial memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan tersebut merupakan satu jenayah berat dan serius.


Hakim menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh abg polis sado ni lagi....berita sebelah atok tua n anak rogol bdk pmpuan pun dia jugak....

Wahh zantan ni dpt budak remaja 13thn sedap sgt la tu...nah ko....rasakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rotipitadaging replied at 16-7-2023 02:53 PM
Ehh abg polis sado ni lagi....berita sebelah atok tua n anak rogol bdk pmpuan pun dia jugak....

Wah ...

Mahkamah sama atau kawasan sama kan... Benda hini untuk awareness boleh salahkan ahli parlimen ke... Hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, kenapa banyak naw kes rogol di negara J n muar lately? Walhal negeri termaju kot… sekolah agama pun wajib kat sana kan untuk yang bersekolah kerajaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037402 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list