CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

[Melaka] Nak cantik, tapi akhirnya menjerat diri

[Copy link]
Post time 16-7-2023 08:56 AM | Show all posts |Read mode

TIMBALAN Presiden Kebangsaan MTPN, Abdul Malik Jamaran (kanan) bersama Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Dr Kevy KV Yeo menunjukkan antara kesan dihadapi mangsa. FOTO NURALIAWATI SABRI

Melaka: Lebih 160 aduan diterima Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) membabitkan rawatan kecantikan yang didakwa dibuat oleh 'doktor haram' di seluruh negara, sepanjang tahun lalu.

Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN, Abdul Malik Jamaran berkata, kebanyakan aduan dibuat oleh pengadu kerana implikasi atau kesan daripada rawatan yang dibuat selain keputusan rawatan tidak seperti dijanjikan.

Beliau berkata, bahkan, ada juga yang kehilangan nyawa selepas menjalani pembedahan.

"Sepanjang tahun lalu, MTPN menerima sebanyak 358 kes, dan 45 peratus atau 161 daripadanya adalah membabitkan industri kosmetik estetik dan bagi kami, ia sangat kritikal serta perlu diberi perhatian.

"Kebanyakan mangsa ini terpedaya untuk kelihatan cantik dan menawan dengan membuat rawatan kosmetik seperti pembedahan hidung dan liposuction atau bariatric, namun hasilnya memudaratkan kesihatan," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat MTPN Melaka yang turut dihadiri Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Dr Kevy KV Yeo dan Yang Dipertua MTPN Melaka, Aalex Kong Sin Fatt, semalam.

Abdul Malik berkata, kebanyakan mangsa ini membabitkan wanita berusia 25 hingga 60 tahun, dan aduan tertinggi diterima adalah dari Kuala Lumpur.

"Mereka ini mungkin terpengaruh bukan hanya ingin kelihatan jelita tetapi juga kerana harga yang ditawarkan untuk prosedur rawatan kecantikan dan pembedahan jauh lebih murah hingga 50 peratus berbanding kos ditawarkan oleh pakar bertauliah.

"Saya difahamkan, selain beroperasi di premis tidak berdaftar dan dikendalikan oleh individu tidak bertauliah, ada juga rawatan yang dilakukan dari rumah ke rumah, malah terdapat aduan mengatakan mereka melakukan pembedahan dengan pakar dari China yang masuk ke negara ini sebagai pelawat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, fungsi MTPN adalah bertindak sebagai orang tengah kepada mangsa dalam membantu mendapat pembelaan dengan membantu membawa mereka menggunakan saluran yang betul seperti merujuk mereka kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia serta Polis Diraja Malaysia.

"Kami mengalu-alukan semua aduan, malah MTPN juga tidak mengenakan sebarang bayaran dalam membantu mangsa mendapat pembelaan sewajarnya. Namun begitu, kami menasihati orang ramai supaya lebih peka serta berhati-hati sebelum mendapatkan rawatan kecantikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... irnya-menjerat-diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057342 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list