CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 3

Dua Kedai Hangus Terbakar Di PPR Pantai Ria

[Copy link]
Post time 15-7-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sebuah kedai runcit dan kedai makan serta beberapa kenderaan hangus dijilat api dalam kebakaran di blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam di sini, petang tadi.


Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 4 petang.






Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Wan Shahrir Azizi Wan Said berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh bersama dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit dan sebuah kedai makan di blok B PPR tersebut.


“Selain itu, kebakaran turut melibatkan kereta jenis Nissan Sentra, sebuah van dan satu motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.






Wan Shahrir Azizi berkata, kesemua premis terbabit terbakar 100 peratus dengan keluasan 49 meter persegi.


Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan tu mmg kawasan yang dibernar jan meniaga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wuihh janganlah kedai roti jala lejen terbakar gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 11:50 AM | Show all posts
kedai2 atap zink ni camne boleh tumbuh kat bawah bangunan PPR gini ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060762 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list