CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 5

Beruang Betina Terselamat Daripada Hukuman Mati

[Copy link]
Post time 15-7-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Rom: Mahkamah Itali pada Jumaat menangguhkan keputusan bahawa seekor beruang coklat harus dihukum mati kerana menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 26 tahun yang berjoging di pergunungan Alps pada April lalu.


Hakim di mahkamah pentadbiran Rom, yang dikenali sebagai Majlis Negara berkata, walaupun beruang itu harus disimpan dalam kurungan untuk keselamatan awam, perintah membunuhnya adalah tidak seimbang dan tidak perlu.


Ia adalah satu lagi penangguhan hukuman bagi beruang yang dikenali sebagai JJ4, yang nasibnya menarik perhatian media sejak serangan itu.


BERUANG betina bernama JJ4 ditangkap susulan serangan terhadap manusia di pergunungan Alps, Itali. FOTO Ansa / AFP / Italy OUT




Ketua wilayah Trento di mana insiden itu berlaku mendesak beruang itu dibunuh, manakala kumpulan hak asasi haiwan berjuang untuk menyelamatkannya.


Keputusan muktamad mengenai beruang itu tidak dijangka sehingga rayuan selanjutnya pada Disember.


Kawasan di sekitar bandar utara Trento, sudah dihuni semula beruang dari 1999 di bawah program pemuliharaan yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU).


Namun, beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan kerap terjadi serangan beruang kepada komuniti manusia.


Ia menimbulkan persoalan mengenai bagaimana kejayaan hidup manusia bersama dengan mamalia itu boleh dicapai.


JJ4, seekor beruang betina berusia 17 tahun, sebelum ini dipersalahkan atas serangan ke atas dua mangsa.


Pelobi hak haiwan LAV mengalu-alukan keputusan mahkamah pada Jumaat dan berkata, ia sepatutnya menjamin masa depan yang selamat untuk beruang itu.


"Tiada lagi sebab untuk menangguhkan pemindahan JJ4 ke tempat perlindungan yang selamat dan dibenarkan di Romania," kata Massimo Vitturi, jurucakap LAV.


LAV sudah menemui tempat perlindungan selamat untuk beruang itu di Romania dan menawarkan untuk menanggung proses pemindahan ke sana.


Hakim Rom turut menyelamatkan seekor lagi beruang, MJ5, yang masih belum ditangkap dan turut menghadapi perintah pemusnahan atau hukuman mati selepas mencederakan seorang lelaki pada Mac.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dibunuh nya hakim tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-7-2023 04:20 PM
Moga dibunuh nya hakim tu pulak

Hang ni membacaaa kaaa tak membaca kaaa? Spesis baca tajuk saja kaaaa apa kaaa? Awat hang nak suruh beruang tu bunuh hakim tu kaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry yer binatang sekecik-kecik lebah tu lagi penting pada ekosistem berbanding manusia.
khalifah konon. kerjanya merosakkan alam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
BartholomewKuma replied at 15-7-2023 06:02 PM
Hang ni membacaaa kaaa tak membaca kaaa? Spesis baca tajuk saja kaaaa apa kaaa? Awat hang nak suru ...

X baca.....baca tajuk je
..amponnnnnm
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah betulla elokla dibunuh beruang ni...knp tidak dibunuh??..elokla dibunuh oleh beruang tu pada mereka yg kesian kat beruang ni..huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045276 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list