CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Bekas Pemain Manchester City Bebas Tuduhan Rogol

[Copy link]
Post time 15-7-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Chester, United Kingdom: Bekas pemain Manchester City dan Perancis, Benjamin Mendy mengalirkan air mata selepas dibebaskan daripada salah laku seksual.


Mendy, 28, menangis sebaik juri membacakan keputusan di akhir perbicaraan yang memakan masa tiga minggu di Chester Crown Court, England.


Barisan juri yang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita itu mengambil masa sekitar tiga jam 15 minit untuk memutuskan yang Mendy tidak bersalah di atas dakwaan rogol serta cubaan merogol.


Bekas pemain Manchester City dan Perancis, Benjamin Mendy dibebaskan daripada dakwaan salah laku seksual. - Foto AFP




Bintang bola sepak itu, yang berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah, pada Januari lalu dibebaskan daripada enam dakwaan merogol dan satu serangan seksual selepas enam bulan perbicaraan.


Bagaimanapun juri-juri pada perbicaraan berkenaan gagal mencapai kata putus di atas dua tuduhan dan akhirnya terpaksa menjalani perbicaraan semula.


Mendy, yang kontraknya bersama Man City tamat pada Jun lalu, menafikan semua tuduhan ke atasnya.


Dia didakwa bersama-sama Louis Saha Matturie, 41, rakan subahat yang didapati tidak bersalah oleh juri pada perbicaraan awal di atas tiga tuduhan rogol membabitkan dua remaja.


Juri juga gagal mencapai kata putus di atas tiga dakwaan rogol serta serangan seksual terhadap Matturie oleh lima wanita lain.


Dia akan berdepan perbicaraan semula akhir tahun ini.


Mendy, mencatat rekod perpindahan tertinggi untuk pertahanan ketika berpindah dari Monaco ke Manchester City pada tahun 2017.


Dia membuat 75 penampilan untuk City sebelum dibelenggu kecederaan dan kemerosotan prestasi.


Penampilan terakhirnya untuk Perancis ialah pada November 2019, selepas Mendy memenangi Piala Dunia pada tahun 2018.


Perbicaraan berkenaan menyaksikan Mendy terlepas kejuaraan treble bersama pasukannya musim lalu. - AFP




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 1.476960 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list