CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 2

Bakat Bell Ngasri Diakui Di Festival Filem Antarabangsa Seawal Usia 12 Tahun

[Copy link]
Post time 15-7-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nama pelakon dan pelawak, Bell Ngasri menjadi sebutan ramai selepas berada dalam kelompok Top 5 bagi kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.


Bell yang terkenal dengan watak Barkoba yang dibawanya menerusi siri telefilem 16 Puasa itu disifatkan tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya meskipun sudah lebih tiga dekad menghiburkan rakyat Malaysia.






Namun begitu, meskipin lebih sinonim dengan watak komedi, ramai daripada peminat tidak mengetahui bahawa di awal kariernya sebagai pelakon, beliau turut pernah memegang watak yang serius seawal ketika berusia 12 tahun menerusi filem Kaki Bakar.


Lebih mengagumkan, filem yang disutradarai pengarah tersohor negara, U-Wei Haji Saari itu turut mencipta kejayaan apabila menjadi filem pertama dari Malaysia ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis yang sangat berpengaruh di pentas antarabangsa.


Dalam filem tersebut, Bell memegang teraju utama dengan bergandingan bersama pelakon disegani di dalam negara, Allahyarham Khalid Salleh dan membawa watak sebagai anak dan ayah.


Filem yang merupakan adaptasi daripada novel Barn Burning tulisan penulis Amerika Syarikat, William Faulkner itu mengisahkan mengenai pergelutan krisis jati diri dialami Kakang (Khalid) selepas merantau ke Malaysia.


Usaha Kakang untuk memupuk nilai tradisi keturunannya sebagai orang Jawa di negara baharu itu memberikan kesan mendalam terhadap anaknya yang diberikan nama Kesuma (Bell).


Menyorot kembali pengalamannya terlibat dalam filem tersebut, Bell berkata, beliau sebelum itu sudah pun berlakon dalam filem arahan U-Wei bertajuk Perempuan, Isteri Dan.... yang ditayangkan pada 1993.


Pada ketika itu, dia hanya membawa watak sambilan dan muncul dalam sekitar dua babak.


Bell yang baru berusia 12 tahun ketika itu diberi peranan membawa watak Kesuma dalam Filem Kaki Bakar.




Bagaimanapun, Bell berkata, U-Wei kembali melamarnya untuk memegang watak dalam Kaki Bakar selepas tertarik dengan kebolehannya berlakon dalam drama khas bertajuk Bunga-Bunga Pulau.


Drama tersebut juga membolehkannya tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa yang diadakan sekitar awal tahun 1990-an.


"Jadi masa itu, rupanya dia pun tengok drama dan dia terus panggil saya untuk buat screen test bagi filem baharunya. Alhamdulillah waktu itu saya lepas.


"Disebabkan saya dah boleh berlakon, mungkin sebab itu dia diberikan saya peranan yang lebih besar," katanya kepada Majoriti.


Bell berkata, pada waktu itu, dia amat teruja dengan peluang yang diberikan untuk bekerja bersama pelakon berpengalaman tanah air lebih-lebih lagi dirinya pada waktu itu baru berusia belasan tahun.


Dalam pada itu, beliau mengakui adalah menjadi satu kebanggaan apabila filem lakonannya itu mendapat tempat di festival filem antarabangsa dan ditonton oleh masyarakat luar negara.


“Waktu tu, uncle U-Wei pun ada bagitahu dekat saya ada mat salih yang suka tengok saya berlakon,” ujarnya.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 05:49 PM | Show all posts
Dia ni bagus, seorang yang sgt chillax. Teringat dia kene panggilan hangit, sampai berhenti tepi jalan raya semata nak layan call. teruskan humble barkoba
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka betul watak 'man tapau' dalam presiden kampung morten.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040310 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list