CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 2

Enam Lelaki Tipu Turap Jalan Ditahan

[Copy link]
Post time 15-7-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dengan penipuan khidmat penurapan jalan di sekitar daerah ini.


Suspek yang berusia 20 hingga 44 tahun itu mendakwa mereka adalah pekerja yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT).


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek menawarkan perkhidmatan penurupan jalan di hadapan rumah dengan harga RM500.


MOHD Azam Ismail. FOTO Fathil Asri.





"olis menerima satu laporan dari mangsa pada 13 Julai lalu yang mendakwa ditipu kumpulan berkenaan. Mangsa yang percaya dengan tawaran kumpulan individu itu kemudian membayar wang pendahuluan sebanyak RM200.


"Bagaimanapun, tiada sebarang penurapan jalan dilakukan kumpulan lelaki terbabit selepas bayaran dilakukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Azam berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan polis membuat serbuan semalam di sekitar daerah ini dan berjaya menahan enam lelaki.


"olis percaya sudah ramai yang menjadi mangsa dan terpedaya dengan modus operandi suspek.


"Suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 09:38 AM | Show all posts
Sudah berpuluh tahun penipuan seperti ini berlaku di Malaysia.
Saya juga pernah di tipu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Area iols ni kalau ada je nmpk tar jln confirm besok lusa ada kelly dtg rumh jerit tanya nk tar ka kaka? 300 saja… xkuasa nk layan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052650 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list