CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Sabah] Jambatan gantung Kg Kumawanan Baru siap, mudahkan urusan harian penduduk

[Copy link]
Post time 14-7-2023 11:41 PM | Show all posts |Read mode


PENGHUBUNG: Jambatan gantung baharu sejauh 80 meter di Kg Kumawanan Bingkor siap sepenuhnya dan kini sedia digunakan oleh penduduk setempat.

KENINGAU: Penduduk Kampung Kumawanan Baru Bingkor merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik kerana telah meluluskan segera jambatan gantung baharu di kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Kumawanan Baru, Jamilah Bianus (gambar) berkata hasil kelulusan segera daripada Robert, kini jambatan gantung di kampung itu telah siap sepenuhnya dan telah digunakan penduduk setempat untuk aktivit seharian.



JAMILAH

"Jambatan gantung berukuran 80 meter itu merupakan salah satu laluan penghubung ke Pekan Bingkor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor, Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Klinik  Kesihatan Bingkor, Kampung Bingkor Lama dan kampung-kampung berhampiran.

"Orang awam terutama penduduk setempat yang terdiri daripada petani serta pekebun dan kanak-kanak sekolah kini boleh menggunakan jambatan gantung itu untuk urusan harian mereka.

"Saya mewakili para penduduk kampung melahirkan penghargaan serta merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keprihatinannya terhadap permasalahan penduduk kampung," katanya ketika ditemui.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.125986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list