View: 310|Reply: 0
|
Amitabh Bachchan Pernah Kena BANNED Dengan Semua Media Selama 15 Tahun?
[Copy link]
|
|
Amitabh Bachchan Pernah Kena BANNED Dengan Semua Media Selama 15 Tahun?
Semasa di kemuncak kegemilangannya Hampir kesemua Filem lakonannya menjadi perhatian ramai. Amitabh Bachchan juga memberitahu bahawa dirinya pernah di banned oleh media selama 15 tahun.
Terdahulu Amitabh Bachchan sangat terkenal kerana ketika itu dia digelar sebagai “Angry Young Man” sehinggakan dia pernah tidak diendahkan langsung oleh pihak media, akan tetapi tidak bagi bintang filem pada hari ini jika mereka buat masalah pasti media akan buat cerita mengenai hal tersebut.
Pada tahun 2017, Amitabh Bachchan berkongsikan mengenai media filem yang telah melarangnya dan menganggap bahawa dia bertanggungjawab terhadap larangan akhbar semasa era darurat dahulu. Sebagai pembalasan, Amitabh Bachchan banned serta menghalang pihak media untuk berada di set penggambaran untuk membuat liputan.
Selepas dari kejadian itu, pihak media enggan untuk mengangkat kamera mereka untuk mengambil gambar serta tidak mahu mewawancaranya walaupun filem lakonannya ketika itu menjadi yang terhangat dipasaran.
“Kesemua jurukamera akan letak kamera mereka dibawah jika melihat saya menghadiri event atau mana-mana tayangan perdana filem. Kadangkala mereka tidak memberi kredit serta tidak meletakkan nama saya di dalam majalah hanya menggantikkan tanda (‘) sebagai nama saya”-kata Amitabh Bachchan
“Tidak ada apa-apa yang mereka tulis atau print mengenai saya, tiada liputan untuk mana-mana filem atau hasil kerja saya dari pihak media, dan tiada gambar saya walaupun sekeping ketika menghadiri mana-mana event atau pelancaran”-tambah Amitabh Bachchan
Katanya lagi, perkara ini berlarutan selama 15 tahun sehingga mereka bertemu dengan Amitabh Bachchan apabila dia mendapat kemalangan yang hampir maut semasa berlakon dalam filem “Coolie”. Selepas dari kemalangan tersebut, salah satu media majalah terkemuka di mana sebelum ini dia merupakan salah satu media yang juga banned Amitabh Bachchan telah menulis mengenai insiden tersebut dengan tajuk “Turut bersimpati dan belas kasihan”.
Selepas Amitabh Bachchan sembuh, dia pergi bertemu editor majalah tersebut dan menanyakan mengapa mereka keluarkan cerita mengenai dirinya setelah hampir 15 tahun tiada liputan.
Kami marah dan menyampah dengan kamu engan apa yang kamu telah lakukan kepada pihak media sebelum ini, kami mahukan kamu merasa gagal, tapi kami tidak pernah mahukan kamu untuk mati. Disebabkan itu kami menulis semula cerita mengenai anda sebagai tanda simpati”-kata editor majalah tersebut
Dan semenjak dari itu, maka Amitabh Bachchan dan pihak media menjadi seperti biasa dan mereka tidak banned diantara satu sama lain.
Sumber:https://murai.my/2023/183820/ami ... ia-selama-15-tahun/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|