CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 1

Anggota Bomba Sesak Nafas Dalam Kebakaran Rumah

[Copy link]
Post time 14-7-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Seorang anggota bomba antara empat yang sesak nafas dalam kebakaran rumah di Taman Samudera, Batu Caves di sini malam tadi di mana seorang lagi individu dilaporkan tidak sedarkan diri.


Pihak bomba Selangor dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.55 malam.




ANGGOTA bomba serta orang awam menyelamatkan seorang wanita sesak nafas dalam kebakaran rumah di Taman Samudera, Selangor malam tadi.




Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, sebuah jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.


Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati sebuah rumah teres tiga tingkat terbakar 50 peratus di bahagian atas.


“Kebakaran itu melibatkan empat sekeluarga iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang tidak sedarkan diri manakala seorang kanak-kanak lelaki serta lelaki dan wanita dewasa mengalami sesak nafas.


“Selain itu, seorang anggota bomba iaitu komander operasi, PBK Alias Dollah turut mengalami sesak nafas semasa operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, semua mangsa termasuk pegawai bomba disahkan stabil manakala kanak-kanak yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.


“Punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2023 09:12 AM | Show all posts
inilah pengorbanan abang bomba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036339 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list