CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1664|Reply: 32

[Tempatan] 'Saya tidak makan telur buaya peliharaan'

[Copy link]
Post time 14-7-2023 08:24 AM | Show all posts |Read mode
'Saya tidak makan telur buaya peliharaan'


KHAIRUL Johari bersama buaya peliharaannya.


Kajang: Seorang pengajar usahawan menjelaskan bahawa dia tidak memakan telur buaya peliharaannya seperti yang didakwa di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Sebaliknya, Khairul Johari Mohd Denie, 38, berkata, tindakannya mengatakan telur yang dimakan milik buaya jenis caiman bertujuan memerli segelintir warga net yang memberi komen negatif di akaun TikToknya.

"Sebenarnya, saya tidak makan telur buaya kerana reptilia itu baru berusia antara tujuh ke lapan tahun dan belum matang untuk bertelur.

"Jika sudah boleh bertelur pun, saya tidak akan makan telurnya.

"Saya juga sudah memuat naik satu video khas untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan perkara itu untuk meleraikan segala kekeliruan yang timbul," katanya.

Katanya, dia terkejut perkongsiannya berkenaan telur buaya itu mendapat perhatian sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga net.

"Ramai yang masih tidak mengetahui sebenarnya telur buaya boleh dimakan. Sebelum saya memuat naik video itu saya sudah buat rujukan fatwa kebangsaan dan video Ustaz Azhar Idrus.

"Saya melihat di sebalik perkara yang berlaku ini, saya dapat menyampaikan ilmu baharu kepada orang ramai," katanya.

Terdahulu, tular video seorang lelaki dikatakan memakan telur buaya peliharaannya baru-baru ini sehingga mengundang perdebatan dalam kalangan warga net.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu kemudian memuat naik sebuah lagi video untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ur-buaya-peliharaan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Halal sekalipun adoiiii tak lalu lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:16 AM | Show all posts
dia yg tipu netizen, konon-konon buaya dia majuk tanak makan sebab dia dah amik telur buaya tu..... siap bini berkomplot amik telur dlm pt sejuk nak masak sup ke ape ntah...siap up video dia sua ayam buaya tu luek balik.. konon buaya tu tutup mata tanak pandang lar...mintak tips kt netizen cemana nak handle buaya merajuk bagai...ujung-ujung nak salahkan netizen salah persepsi?

DONE UNFOLLOW!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 drama demi content. Moga deyols laki bini tak di ngap oleh buaya peliharaan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:24 AM | Show all posts
maharani_gebu replied at 14-7-2023 01:16 AM
dia yg tipu netizen, konon-konon buaya dia majuk tanak makan sebab dia dah amik telur buaya tu.....  ...

famous ke heshe ni? ni first time dengar pasal content creator ini sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:26 AM | Show all posts
dia ni betul2 attention seeker .. sanggup ek demi content..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2023 09:29 AM | Show all posts
kira telur yg dia masak n makan tu bukan telur buaya ke mcm mana?
tgk video tu mmg dia mcm nk muntah atau buat2 muntah

berani eh bela binatang liar
aku kdng xfaham jugak dgn pencinta haiwan ni
haiwan liar dibela mcm mengundangggg jaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:32 AM | Show all posts
bila lah netiz tiketok ni nak paham yg semuanya sebab likes n viral n keb0d0han sendiri demi content?? hadoooiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 09:33 AM | Show all posts
lifeline replied at 14-7-2023 09:29 AM
kira telur yg dia masak n makan tu bukan telur buaya ke mcm mana?
tgk video tu mmg dia mcm nk muntah ...

nah sis



Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:33 AM | Show all posts
lifeline replied at 14-7-2023 09:29 AM
kira telur yg dia masak n makan tu bukan telur buaya ke mcm mana?
tgk video tu mmg dia mcm nk muntah ...

asalkan ada lesen, kawasan selamat, semua lulus je nak bela..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:34 AM | Show all posts
oowh bestnya jadi content creator boleh create kontrobesi dan havoc seluruh malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:01 AM | Show all posts
chikumanis replied at 14-7-2023 09:33 AM
asalkan ada lesen, kawasan selamat, semua lulus je nak bela..

ye tahu
tapi tu kan binatang liar
ada sebab dia liar walaupon kita jinakkan ke bela bagi makan ke apa ke

ntah la iols x cukup naluri cintakan binatang kot utk nk memahami

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh.

Bodoh dan bodoh dan bodoh.

Pi mati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:04 AM | Show all posts
bynroslan replied at 14-7-2023 09:24 AM
famous ke heshe ni? ni first time dengar pasal content creator ini sebenarnya

takdelah famous mana pun cuma dia pernah fyp kat TT ai... tengok life dia bela banyak haiwan exotics... rumah dia ade kolam buaya... 6 ekor plak tu... mau tak kagum
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-7-2023 09:33 AM
nah sis

Gigih iols tgk sampai habis. Nightmare btul..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 14-7-2023 09:33 AM
asalkan ada lesen, kawasan selamat, semua lulus je nak bela..

Dah membiak tak larat nak bela besok, lepaskan kat lombong sungai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 10:21 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 14-7-2023 10:08 AM
Gigih iols tgk sampai habis. Nightmare btul..

kannn
horror

klu dh naturenya liar mmg xdenya 100% jinak
even for a dog


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ekor caiman dia ada ni? Kalau sekor je meme ler camano buaya nya nak mating. Caiman ni 4-7 thn dah matang utk teruskan legasi. Bukan cam croocodile pon ambil masa 14-16 thn hihihi. So telur yg dia makan aritu telor siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:44 AM | Show all posts
rasa baru lalu video dia makan mcd depan buaya dia tadi

iolls ok jer content telur tu

at least ada la jugak ilmu baru kan untuk kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 11:11 AM | Show all posts
So last2 haritu telur siapa dia makan?  dah la goreng macam tu nipis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046470 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list