CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 14

Pelancong Rusia Nak Keliling Dunia Mengemis Dana Di Kuching

[Copy link]
Post time 13-7-2023 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Tular video di TikTok menunjukkan dua pelancong dipercayai warga Rusia terdesak meminta derma daripada pemandu di sebuah jalan raya dekat Kuching, Sarawak pada Rabu.


Berdasarkan nota dibawa, difahamkan pelancong terbabit berbuat demikian bagi membantu mereka meneruskan pengembaraan di negara luar.




Majoriti




"Kami merupakan pengembara dari Rusia yang mengelilingi seluruh dunia tanpa wang.


"Tolong sokong pengembaraan kami, terima kasih," tulis nota tersebut.


Salah seorang pemandu di laluan berkenaan kemudiannya memberikan wang kepada pelancong terbabit.


Di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman sama apabila pernah terlihat akan kedua-dua lelaki tersebut di beberapa kawasan lain sekitar Sarawak.




  



"Sabtu lepas saya ternampak mereka berdua di lampu isyarat dekat Bintulu, sampai Kuching sudah mereka berjalan minta sedekah," kata Hansscwh.


"Hari itu ada di Miri berhampiran lapangan terbang, macam mana boleh berjalan jauh kalau tiada duit, orang kita mudah tertipu," ujar petaithai.


"Dia yang nak melancong, cari penaja pula di negara orang, rakyat kita ini mudah sangat terpedaya dengan pelancong asing, lagi-lagi kalau yang berkulit putih," tambah Khairul Yusuf.


"Senang kerja, letak kotak atas kepala boleh dapat duit melancong keliling dunia, satu Sarawak agaknya di sudah pusing," jelas dellabela.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual poen je la dek. At least ada self effort nak kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia worang memang bodoh bang-abangla
Ya..sangat senang diperbodohkan-Russian
                           
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnti ada binatang2 yg ckp "Kalau taknak support diorang takpe, just ignore je, takpayah nak viral2 kan, kita taktau kesusahan masing2".

Org2 sebegini, harus di campakkan di sungai bila kepala air tgh turun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:16 PM | Show all posts
Tengok dari gambar ai boleh bayangkan bau kambing

Bodohnya local ppl yg sedekah duit tuh. Ko ingat kalau buat benda yg sama kat negara dia org, ada ke org nak kesian? Kemungkinan utk diludah dan dirasis lebih tinggi ya
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Setaraf rohingya minta derma atas jalan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
yang bagi duit tu pon ntah2 tak pernah keluar dari daerah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dh tau org kita pemurahs.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jikalau tengok di YouTube pelancong russia ni ramai di India ataupun di sri lanka mereka terlalu kurang ajar lansung tak hormat pada penduduk tempatan, Pelancong dari negara lain memang tak suka mereka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Rohingya western
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 08:10 AM | Show all posts
anak di rumah mati kelaparan, monyet di hutan plak dia susukan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 08:31 AM | Show all posts
Orang Malaysia baik hati pantang dibodek, ajak buat video sekali terus anggap seperti keluarga sendiri..
Diaorang dah study kelemahan orang Malaysia sebelum masuk ke negara kita.. Malaysian saja yang lalai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 08:54 AM | Show all posts
Sepatutnya M'sia buat mcm negara luar tu yg kene tunjuk rekod pegi balik tunjuk duduk mana akaun bank apa semua.. ni senang2 je lepas masuk.. imigresen buat apaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:27 AM | Show all posts
Untuk traveller seperti dalam gambar, jangan lah caya, semua pun nak mudah. Kau yg menyedekah tu pun tak keluar kepompong, alih2 kau sedekah duit ke depa untuk melancong.

Aku pi satu tempat kat sabah, jumpa mamat german darah turki. Dia tarbiah aku pasal semua dunia ni system, dia nak hidup bebas, dia cuba keluar dari system yang manusia buat. Jadi dia merantau dari satu tempat ke satu tempat. Aku tak nafikan apa dia cakap tu ada betul nya. Aku tanya apa dia buat bila dia stop kat satu2 tempat. Dia kata dia buat charity. Aku teka dia pewaris harta billiun2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 09:42 AM | Show all posts
kalau aku jumpa dua org mangkuk ni, aku bagi number telefon datuk tiong. yang terpaling menjaga kebajikan rakyat china dan oversea kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.078435 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list