View: 739|Reply: 17
|
Lebih Sepuluh Tahun Penoreh Menderita, Harga Getah Hanya RM1.50 Sekilogram
[Copy link]
|
|
LIPIS: Warga emas Orang Asli etnik Semai, Tenunduk Busu, 60, di Kampung Simoi Baru, Pos Betau mengeluh, “Hanya semangat sahaja yang masih ada untuk menoreh getah buat belanja barang dapur. Kalau nak diikutkan hati dengan harga getah beku/sekerap RM1.50 kilogram, sudah lama saya berhenti menoreh."
Tenunduk berkata, dia yang menoreh di kebun getah seluas 1.2 hektar milik sendiri tidak begitu selesa malah berdepan tekanan kewangan kerana hasil jualan komoditi itu rendah.
“Sengsaranya kehidupan kami sejak lebih 10 tahun lalu setelah harga getah masih di takuk lama, mahu tidak mahu terpaksa juga menoreh kerana pekerjaan ini sahaja dilakukan sejak saya muda.
“Walaupun kebun saya luas, tetapi tidak semua pokok boleh ditoreh kerana kebanyakan usia (pokok) telah tua, kawasan semak-samun dan hasil susu tidak seberapa,” katanya di Kampung Simoi Baru kepada Utusan.
 Foto: Utusan
Menurut Tenunduk, sekiranya tidak hujan, dia keluar pada pukul 6.30 pagi menunggang motosikal ke kebunnya sejauh tiga kilometer untuk menoreh.
Katanya, sambil menoreh, dia mengutip getah beku/sekerap dalam pot untuk dibawa pulang ke rumah dan dijemur sebelum dijual.
“Saya membawa pulang getah beku/sekerap seberat antara 35 hingga 40 kilogram kerana tidak mampu menoreh lebih banyak pokok lagipun susu semakin berkurangan disebabkan pokok tua dan cuaca panas,” katanya.
Warga emas itu berkata, dia cuma mengambil masa selama hampir tiga jam untuk menoreh dan kemudiannya mengutip getah beku/sekerap untuk dibawa pulang dengan motosikal.
“Cuba bayangkan dengan berbekalkan semangat dan kudrat saya diperah setiap kali menoreh, tetapi hanya dibayar RM1.50 sekilogram ketika getah beku/sekerap dijual,” katanya.
Tenunduk berkata, pembeli berlesen mengenakan kadar bayaran rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan dengan alasan perjalanan jauh ke kawasan Ulu Jelai jauh dengan pusat pengumpulan berdekatan Sungai Koyan.
“Sekiranya dibawa sendiri ke pusat pengumpulan berkenaan kami cuma dibayar lebih RM2, tetapi bagi saya yang sudah berusia dan tidak ada lesen memandu, mana mampu hendak menunggang motosikal keluar dari kampung ini menghantar getah beku untuk di jual di luar.
“Sebulan purata dapat bekerja menoreh antara lapan hingga 10 hari dengan pendapatan kurang daripada RM500 dan hari yang saya tidak ke kebun berikutan hujan pada waktu petang dan malam selain keadaan kesihatan saya sendiri tidak mampu bekerja kuat,” katanya. –CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
boikot aje la toreh getah ni, kerajaan bukan nak bantu pun |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyeee  |
|
|
|
|
|
|
|
Tadak sapa nak perjuangkan nasib penoreh getah. |
|
|
|
|
|
|
|
renyah buat keje getah ni
hasil x seberapa
|
|
|
|
|
|
|
|
Mat sabu wat pe? Wak jahit wat pe? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah msia takmau teruskan tanam getah besar2an.. bnyk industri berasaskan getah kat malaysia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak masak sawit 5 KG
dolu2 RM13.50
kmdian RM23..
kmdian RM30..
kmdian RM40
la ni dlm RM30...
semua ni akibat harga sawit naik
bila harga minyak masak naik, restoran naik rege makanan
netizens bising2 harga makanan naik
la ko nak suruh mat Sabu n Jahit naikkan rege gretah ke?
kalo nak rege getah..
harga tayar akan naik...
nnt ko bising laks harga tayar naik..
peh tu ko tanya Mat sabu n Wak jait wat per...

|
|
|
|
|
|
|
|
Patut la mak mertua i dah tebang pokok2 getah sheols nak tanam sawit kata nya lagi mahal harga.. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 13-7-2023 01:27 PM
harga minyak masak sawit 5 KG
dolu2 RM13.50
Kejamnya ayat kau memerli sis.  |
|
|
|
|
|
|
|
Kat kg aku dulu ada menanam getah ni tp kena curi dgn mat pek kesian jugak laa dgn org2 kg. Atuk aku pun x larat dh nk usahakan getah sbb murah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
orang kg yg tanam getah sebelah2, gabung ternak lembu kat kebun getah..
wat style pawah...
upah jaga jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg dr dulu harga getah teruk |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku tetap la nk tanam pokok getah dkt tanah dia...dh suh tanam sawit tp xtau la tanah tu sesuai ke tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 13-7-2023 01:27 PM
harga minyak masak sawit 5 KG
dolu2 RM13.50
Tayar botak je turun harga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 13-7-2023 09:02 PM
Bukan ke getah mahal? Ke sbb terpaksa jual ke orang tengah dgn rega mur mur tapi orang tengah yg buat huntong puaka jual semula rega cekik Jahudi.
Sama la jugek pesawah jual padi mur mur kat orang tengah, tapi beras tetaplah nak naikkan rega puaka serope Jahudi laknat jah skrg!  |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ko toreh lg knp g la cari keja lain ubah sikit hidup tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|