Shah Alam: Pencinta kucing akan faham, kematian haiwan peliharaan yang sudah dianggap seperti sebahagian ahli keluarga sangat menyedihkan.
Seorang wanita menangis kesedihan apabila dua kucing kesayangan dipelihara sejak kecil mati ditelan dan dibelit ular sawa di rumah keluarganya di sini, pada 4 Julai lalu.
Video Nur Afiqah Zainuddin, 28, yang menangisi kematian dua kucing peliharaannya iaitu Moji dan Haehae mengundang sebak netizen terutama pencinta haiwan hingga meraih 5.6 juta tontonan selepas dikongsi di TikTok, Ahad lalu.
Foto: Harian Metro
Berkongsi kisah itu, Nur Afiqah yang berkerja sebagai pembantu penyediaan makanan berkata, dua kucing berkenaan dipelihara sejak kecil, malah ibu haiwan itu juga dipeliharanya sebelum ini.
Menurutnya, ketika kejadian dua kucing berkenaan diletakkan dalam sangkar di luar rumah bersama seekor anak kucing, Ceddy yang juga anak kepada Haehae untuk dihantar vaksinasi.
Katanya, dia tidak dapat mengawal perasaan dan menangis ketika adiknya memberitahu berita sedih itu dan pada mulanya menyangka kucing kesayangannya mati kerana sakit.
"Ketika saya keluar rumah kira-kira 6 pagi, saya rasa tidak sedap hati dan ketika itu suasana sunyi dan gelap.
"ada 9 pagi adik WhatsApp beritahu supaya tidak mengurung anak kucing dan saya hanya membalas baik saja.
"Apabila saya balik rumah petang itu selepas habis kerja, saya lihat kawasan sangkar berselerak.
"Adik kemudiannya beritahu Moji dan Haehae sudah mati dan saya terus menangis sambil ditenangkan ibu," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, selepas keadaannya tenang, barulah keluarganya menceritakan perkara sebenar yang dua kucing itu menjadi mangsa ular sawa yang menyelinap masuk ke dalam sangkar.
"erasaan saya ketika itu hanya Allah SWT saja yang tahu dan sangat menyedihkan apabila mendapat tahu cerita itu.
"Moji mati ditelan, manakala Haehae dibelit ular. Kami percaya Ceddy selamat kerana dilindungi ibunya, Haehae.
"Sehingga kini saya tak pergi ke kawasan sangkar, saya masih trauma dan kami tidak tahu macam mana ular itu boleh masuk kerana jaring sangkar itu tidak terlalu besar," katanya yang tinggal bersama keluarga.
Nur Afiqah berkata, tangisannya bukan kerana dia tidak reda dengan kehilangan itu namun dia hanya berasa sedih dan sangat menyayangi kucingnya walaupun hanya baka kampung.
"Hanya pencinta haiwan memahami yang saya rasakan, malah saya memelihara dua kucing itu sejak ia dilahirkan tahun lalu.
"Moji dan Haehae sangat manja, setiap kali balik kerja ia akan sambut saya dan akan minta dimanjakan," katanya yang mempunyai 13 kucing lain dipelihara bersama keluarga.
Berhubung video TikTok yang tular itu, Nur Afiqah berkata, video itu dirakam adiknya dan dikongsi di TikTok milik kakaknya serta dia berterima kasih dengan mereka yang memberinya sokongan dan kata positif.
Bagaimanapun katanya, ada juga komen yang mengguris hati, namun dia mengakui tidak mahu melayannya kerana apa yang digambarkan dalam video berkenaan adalah perasaan ketika itu yang terkejut mendapat khabar sedih mengenai kucingnya.
"Saya terima komen orang yang tanya kenapa saya meraung tetapi ketika itu saya tidak boleh kawal perasaan, malah sedih juga ada yang cakap kucing saja yang mati kerana saya menyayanginya walaupun ia hanya haiwan.
"Ada juga yang tanya kenapa sangkar kucing diletakkan di luar tetapi apa yang saya boleh cakap semua itu bersebab dan ini kejadian pertama berlaku," katanya. -CARI
ular kan flexible..
tak yah heran kalau lubang kecik pun dorang mampu masuk..
sebab tu tak digalakkan kurung kucing kat luar rumah..
lagi-lagi kalau kawasan rumah berpokok berlongkang..
Post time 13-7-2023 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Oh dia keje kat hospital yg sediakan diet/mknn kat wad tu ye?
Ingat keje misi.
Dasat dia meraung, dah la buh plak lagu cinta terakhir tu.
Kat tiktok trend guna lagu tu tuk kenangkan org2 tersayang yg meninggal.
Tak sanggup nk tgk cerita2 sedih nih
Baik iols stalk kegantengan bapak2 org masa depa muda
Post time 13-7-2023 10:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aku tkde nya nangis2 sbb pernah jadi masa dok rumah kampung dulu. ular sawa dok dlm siling pelantar.. mmg kutunggu dia naik siling. pggl org kampung tolong tangkap. pd hal kucing kita kurung tp kucingku yg pergi dlm kebun pi cari ular tu.
berat ular tu 25kg.
Post time 13-7-2023 10:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Not really a cat lover...tapi aritu aku terjumpa anak kucing baru lahir...aku jaga 3 hari jer...esok tu mati....satu hari aku non stop menangis. So aku faham lah kalau she menangis sampai mcm tu sekali....
laki aku xbg aku bela kucing sbb benda ni la...dia takut aku xblh move on nanti..so smpi skrg impian nak beli kucing terkubur...korg xtau ke pencinta kucing blh smpi kemurungan...