CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 1

JSJK Tangani Jenayah Scam Dengan Filem Oppa

[Copy link]
Post time 12-7-2023 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan baharu dalam usaha mengekang jenayah penipuan dalam talian yang semakin meningkat menerusi filem bertajuk Oppa.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ‘Love Scam’ merupakan antara kategori jenayah penipuan dalam talian yang kerap berlaku sehingga mencatat kerugian sebanyak RM382.4 juta sejak Februari 2018 sehingga Jun tahun ini.




Harian Metro




Katanya, kajian pihaknya mendapati dalam tempoh lima tahun sebanyak 7,548 kes direkodkan dengan 82.8 peratus (6,254) daripada mangsa adalah wanita.


“Baki 1,297 melibatkan mangsa lelaki. Mungkin lebih daripada itu, tetapi tidak dilaporkan dan ada juga yang melibatkan kerugian sehingga RM12 juta,” katanya pada sidang media Pelancaran Trailer Filem Anti Scam berjudul Oppa terbitan Dream Film Sdn. Bhd., di Bukit Jalil hari ini.


Hadir sama penerbit filem itu, Aesos Lai dan pengarahnya, Denil Choong Lin Long.




Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (tengah) bergambar bersama penerbit, Aesos Lai (dua kanan) dan pengarah, Denil Choong Lin Long (kanan) serta barisan pelakon selepas Pelancaran ‘Trailer’ Filem Kesedaran Anti-Scam OPPA di Bukit Jalil. Foto FAREEZ FADZIL, 12 JULAI 2023.




Menurut Ramli, filem berdurasi 90 minit yang dibintangi lebih 50 anggota serta pegawai PDRM itu memaparkan aksi tipikal senario jenayah penipuan dalam talian.


“Filem Oppa yang berdasarkan kisah sebenar ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang modus operandi sindiket scam dengan lebih berkesan, meningkatkan kesedaran, dan membangkitkan semangat anti-scam di kalangan masyarakat,” katanya


“Filem ini memupuk lebih kesedaran supaya tidak menjadi mangsa seterusnya selain memaparkan operasi penahanan sebenar. Polis sentiasa bergelumang dengan risiko-risiko malah sehingga menyebabkan kematian,” katanya.


Tambah beliau, PDRM menjangka penurunan trend mangsa scam menerusi kempen kesedaran dan program yang sedang dilakukan terutama dalam kaedah terbaharu ini.


“PDRM juga melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah serupa melalui Kempen Anti Scam PDRM seperti program sembang santai kepada kumpulan-kumpulan kecil, wawancara televisyen dan radio, ceramah dan pameran di sekolah, rumah ibadat dan universiti,” katanya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Movie muhibbah ke ni? Semua bangsa Ada jadi pelakon tapi sorg pon aku tak kenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.273049 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list