View: 166|Reply: 0
|
2 Tukang Urut Tawar Perkhidmatan Seks Kepada Polis Didenda RM2,000
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini memerintahkan dua tukang urut warganegara Vietnam masing-masing membayar denda RM2,000.
Keputusan itu dibuat selepas tertuduh mengaku bersalah menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis berpangkat koperal, bulan lalu.
Gambar hiasan
Majistret Zhafran Rahim Hamzah mendenda Tu Dong Thuy Hoa dan Thi Lan Giang, 33, dan memerintahkan kedua-dua ibu tunggal itu dipenjara dua bulan jika gagal membayarnya.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati mencari langganan bagi persundalan dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis itu di sebuah bilik hotel di Taman Equine, Seri Kembangan pukul 6 petang, 27 Jun lalu.
Kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, peguam bela kedua-dua tertuduh, M. S Jasmine Faith memohon hukuman berbentuk denda atas alasan anak guamnya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
“Dua anak guam masing-masing perlu tanggung seorang anak berusia lima serta 10 tahun, selain memohon maaf atas perbuatan itu. Anak guam direman selama 15 hari sejak ditangkap selepas bekerja selama dua hari sebagai tukang urut, ia menjadi pengajaran kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md. Kamal, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
| |
|