CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 626|Reply: 3

'Tengok Muka Depan Cermin' - Misha Omar Pertahan Nadeera

[Copy link]
Post time 12-7-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Misha Omar, 41, turut kurang senang dengan tindakan biadab segelintir individu yang lantang menghukum dan mempersendakan fizikal seseorang di media sosial.


“Tengok muka depan cermin, adakah diri sendiri sempurna? Mulut terlalu mudah mengata orang.




IG




“Saya rasa ramai yang menjalani kehidupan yang agak bitter dan menggunakan media sosial untuk melempiaskan kekecewaan dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.


“Perkara ini boleh menjadi ‘barah’, jadi kepada yang suka menghina rupa paras orang lain, nasihat saya, bersahabatlah dengan cermin,” luahnya.


Misha mengulas tentang tindakan dangkal segelintir netizen yang menghina dan menyamakan rupa paras juara program Big Stage musim ke-5, Nadeera Zaini dengan sejenis haiwan.


Dalam masa yang sama, Misha juga menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.


“Nadeera adalah penyanyi yang bagus dan imej setiap penyanyi akan datang seiring (bakat).


“Contoh terdekat adalah Ernie Zakri dan Aina Abdul yang menjadi diri mereka hari ini selepas melalui fasa-fasa tertentu.


“Kita kena biarkan bakat-bakat baharu berkembang, berikan mereka masa,” ujarnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 05:02 PM | Show all posts
tapi betul ke yang kutuk muka nadeera tu... takde la teruk sangat pun rhoper sheols...

sheols juara dah pun dan bakalan masuk fasa sendu macam juara2 big stage yang lain...

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 05:05 PM | Show all posts
acane nk bkembang industri kalau sume nk nilai ikut rupa bkn pd bakat..
hayooo
kang muka lawa, kn cop sugarbaby la toiboi la, penyondol la. bila melesia nk maju cani
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 08:29 PM | Show all posts
for me nadeera tu okay je.. tak la lawa sangat tp takde la uduh ke apa... kategori sederhana..

dia kena shapekan sikit muka dia jgn nampak tembam.. pastu jgn pakai aksesori birat kat leher sbb leher sheols tak jinjang.... yg lain2 tu normal jah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052913 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list