CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 1

Lelaki Bangladesh Maut Menyorok Dalam Mesin Mixer Fiber Ketika Operasi Imigresen

[Copy link]
Post time 12-7-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut selepas bersembunyi dalam sebuah mesin mixer fiber ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, di Rawang, pagi tadi.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 9.27 pagi.




Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut selepas bersembunyi dalam sebuah mesin mixer fiber ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, Rawang, Selangor pagi tadi.




Katanya, seramai lapan anggota dan dua jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi membantu mangsa yang terperangkap dalam sebuah mesin.


“Setibanya di lokasi, pihak hospital mengeluarkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang tidak sedarkan diri dalam sebuah mesin mixer fiber.


“Dipercayai mangsa berada di dalam tempat tersebut selepas bersembunyi daripada satu operasi pihak imigresen, malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum tiba pihak bomba.


“Mayat mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu cmni , aku nk salahkan kilang . 1st ko amek org tanpa permit. 2nd klu mmg dh xde staff sgt , ko terpaksa amek jgk tanpa permit, patut 'educate' je, klu ada opèrasi - serah diri je. Bkn kilang boleh apply kn permit ke patutnye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.139489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list