CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ternak ayam di ladang babi, CAP gesa siasatan tegas

  [Copy link]
Post time 12-7-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Ternak ayam di ladang babi, CAP gesa siasatan tegas


Zuhainy Zulkiffli



TANGKAP layar video tular yang memaparkan ayam dan babi diternak dalam kandang yang sama. FOTO Tular



am@ hmetro.com.my

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa siasatan tegas dijalankan berhubung operasi ladang babi di negeri ini yang didapati menternak ayam pedaging dalam kandang sama.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, perkara itu amat serius kerana bukan sahaja membabitkan isu kesihatan dan keselamatan makanan tetapi soal haram dan halal dalam kalangan masyarakat.

Katanya, CAP terkejut dan kesal dengan perbuatan pihak ladang babi terbabit kerana mustahil pihak berkenaan tidak tahu sensitiviti masyarakat berkaitan isu sedemikian.

"Kita tidak faham bagaimana ladang itu boleh beroperasi tanpa lesen dan ia menunjukkan tahap penguatkuasaan yang tidak tegas.

"Tambahan pula pada masa ini, banyak berlaku kes penularan penyakit daripada haiwan dan ia juga boleh mencetuskan kebimbangan. Jika benar mereka ada lesen, sudah tentu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau pihak berkaitan tahu operasi ladang itu dan dapat lakukan pemeriksaan rutin ," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Menurut Mohideen lagi, menerusi operasi berkenaan, DVS mendapati ayam yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam sahaja.

"Mereka dakwa ia dihantar hanya kepada bukan Islam, namun itu kita tidak pasti. Jadi, kita minta DVS lakukan siasatan segera terhadap semua ladang babi supaya ia tidak berlaku lagi di tempat lain.

"Sebelum ini juga CAP sudah beberapa kali melakukan tinjauan ke ladang babi sekitar negeri ini berikutan beberapa isu tertentu seperti sisa buangan babi yang disalur terus ke laut dan sungai, namun kami tidak dibenarkan masuk.

"Justeru, berikutan kejadian seperti ini, wajarlah jika semua tempat penternakan dan ladang babi disiasat pihak berkenaan dan hasilnya perlu didedahkan kepada orang ramai," katanya.

Terdahulu tular video yang memaparkan penternakan ayam berlaku dalam ladang babi di Seberang Perai, di sini dan susulan itu, DVS menerusi kenyataan hari ini mengesahkan bahawa ladang terbabit menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama selepas mengadakan operasi bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan tular berkenaan.

Ladang itu didapati melanggar Peraturan 19 (1) yang menyatakan bahawa semua spesies haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi dan Notis Pengosongan Kandang, Penutupan dan Pemberhentian Operasi sudah dikeluarkan kepada ladang terbabit.



Disiarkan pada: Julai 12, 2023 @ 2:49pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049326 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list