CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 2

[Dunia] 'Telur lalat' dalam mata budak

[Copy link]
Post time 12-7-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode
'Telur lalat' dalam mata budak


LALAT. FOTO fail BERNAMA


Ankara: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Turkiye terpaksa diberi rawatan dan bekalan ubat selepas doktor menjumpai larva lalat pada matanya.

Newsweek melaporkan, kanak-kanak yang tinggal di Tatvan itu dibawa ke sebuah hospital pada 5 Julai lalu selepas mengalami sakit mata selama beberapa hari.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada lapan larva lalat pada bawah kelopak mata kirinya.

Keesokan harinya, mereka menemui tiga lagi larva lalat, kata pakar oftalmologi, Dr Halil İbrahim Atesoglu memberitahu media tempatan.
"Dalam pemeriksaan kami, kami melihat cacing bergerak di bawah kelopak mata pesakit, dan kami membersihkannya dalam pemeriksaan mikroskopik," kata Atesoglu.
Menurut kenyataan hospital, doktor yang merawat kanak-kanak lelaki itu percaya larva itu datangnya daripada seekor lalat dewasa yang hinggap ke mata pesakit, dua hari sebelum itu.
Berikutan itu, kanak-kanak berkenaan diberikan titisan antibiotik sebelum dibenarkan pulang dari hospital.
Walaupun kedengaran pelik, larva lalat di mata seseorang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah terdapat istilah rasmi untuknya iaitu . Ia merujuk kepada larva lalat ke dalam tisu manusia atau haiwan.
Kebiasaannya, ia berlaku apabila lalat dewasa yang membawa larva terbang ke dalam mata, walaupun larva juga boleh dipindahkan ke situ menerusi tangan individu yang tercemar.
Oftalmomyiasis paling kerap dilihat pada orang yang bekerja rapat dengan haiwan ternakan atau tinggal berhampiran sungai, kawasan luar bandar atau ladang.
Apabila larva lalat memasuki mata, ia akan 'melekat' di situ dengan 'cangkuk kecil' di sepanjang badannya.
Spesies lalat yang paling biasa terbabit dalam oftalmomyiasis dikenali sebagai Oestrus ovis. Sebagai sebahagian daripada kitaran hidup, lalat ini menyimpan larva parasitnya di dalam lubang hidung biri-biri, kambing dan ruminan liar seperti rusa, tetapi ia juga secara tidak sengaja boleh masuk ke dalam rongga mata manusia.
Pada April 2022, seorang lelaki berusia 53 tahun di Perancis mengalami serangan yang sama selepas seekor lalat berterbangan ke matanya ketika dia sedang berkebun. Lebih daripada sedozen ulat dikeluarkan dari mata kanannya, menurut New England Journal of Medicine.
Nasib baik, keadaan ini masih agak jarang berlaku. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMC Ophthalmology mendapati hanya 295 kes jangkitan mata lalat jenis itu yang dilaporkan antara 1918 dan 2017.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... at-dalam-mata-budak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 10:54 AM | Show all posts
Rasanya macam penah tengok gambar senario cenggini. Geli siak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
“Malah terdapat istilah rasmi untuknya iaitu .” Ayat ni tak copy habis.

Teringat show monster inside me.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037792 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list