CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Borneo] Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka diteruskan di Samarahan, 14-18 Julai

[Copy link]
Post time 11-7-2023 09:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka akan diteruskan di bahagian Samarahan pada 14 hingga 18 Julai ini.

Pejabat Residen Bahagian Samarahan dalam kenyataan berkata, sambutan itu diadakan selepas penganjurannya di beberapa bahagian di negeri ini sejak 28 Mei lalu bermula di Lawas.

Katanya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari bahagian Serian ke bahagian Samarahan pada 15 Julai ini.

“Sempena sambutan itu, pelbagai aktiviti telah dirancang akan diadakan untuk masyarakat di seluruh bahagian Samarahan.

“Antara lokasinya adalah di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan dan semua daerah iaitu Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan, Gedong dan daerah kecil Sadong Jaya,” katanya hari ini.

Pada 14 Julai katanya, Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka, gerai jualan, Samarahan Kitchen dana pertandingan karaoke juga akan diadakan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dijangka akan melakukan ‘soft-opening’ gerai jualan dan Samarahan Kitchen tersebut.

Keesokan hari (15 Julai) pula ujarnya, akan diadakan pertandingan aerobathon, pertandingan mewarna, pertandingan e-sport (Mobile Legend, PUBG dan Bayblade), pertandingan nopeng, Little Prince and Princes dan Pentas Rakyat berpusat di The Summer Shopping Mall, Samarahan.

“Dan pada hari yang sama iaitu jam 2 petang akan diadakan sambutan Ketibaan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang diketuai Premier Sarawak dari bahagian Serian ke The Summer Shooping Mall.

“Setiba di The Summer Shopping Mall akan diadakan penyerahan bendera Sarawak oleh Residen Bahagian Serian Selamat Jati Yanjah kepada Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang,” ujarnya.

Selepas itu, Premier Sarawak akan merasmikan Pameran Digital dan melawat ke gerai jualan dan Samarahan Kitchen.

“Manakala sebelah malam akan diadakan Pentas Rakyat dan pertandingan akhir karaoke,” katanya.

Seterusnya  pada 16 Julai, acara pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan akan diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selain diadakan di The Summer Shopping Mall, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan juga diadakan di Kompleks Sukan Asajaya dengan penyerahan bendera Sarawak kepada penduduk setempat dan diadakan juga pertandingan mewarna dan ‘Half Aerobathon Challenge’ serta Jom Memanah di daerah kecil Sadong Jaya.

Selepas itu, penyerahan bendera kepada penduduk setempat akan turut diadakan di Masjid Baharu Sebuyau dan diteruskan dengan rondaan di sekitar Pasar Sebuyau.

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan diteruskan lagi pada Isnin (17 Julai) di beberapa daerah di Samarahan antaranya daerah Samarahan, Simunjan dan Gedong dengan penyerahan bendera Sarawak kepada penduduk setempat dan penyerahan hadiah kepada pemenang pertandingan gasing di daerah Simunjan.

Pada Selasa (18 Julai) pula daerah Samarahan menjadi destinasi terakhir Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan di mana akan diadakan Senam X-Tive bersama IPTA di pekarangan The Summer Shopping Mall dan penyerahan bendera kepada IPTA seterusnya lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan.

Penyerahan bendera kepada konvoi bahagian Kuching akan diadakan di La Promenade Mall sebagai tanda berakhirnya Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari bahagian Samarahan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058482 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list