CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1103|Reply: 14

Penuntut Kolej Mengaku Rogol Pelajar Madrasah Terlepas Hukuman Penjara 60 Tahun, Sebat

[Copy link]
Post time 11-7-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penuntut kolej diputuskan Mahkamah Sesyen Melaka hari ini, menjalani hukuman khidmat masyarakat bagi tempoh 240 jam dalam masa dua tahun dan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan penjamin berserta jaminan sebanyak RM7,000 untuk tiga tahun kepada seorang penuntut kolej.


Keputusan itu dibuat Hakim Darmafikri Abu Adam selepas tertuduh, Ahmad Rasyid Ruslan, 19, mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar madrasah.




TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka menjatuhkan menjalani khidmat masyarakat bagi tempoh 240 jam dalam masa dua tahun dan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan penjamin, berserta jaminan sebanyak RM7,000 untuk tiga tahun. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD




Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah merogol seorang perempuan berusia 15 tahun 20 hari kira-kira pukul 1.30 petang dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Plaza Mahkota dalam daerah Melaka Tengah, pada 12 Jun 2022.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual terhadap mangsa sama pada waktu, lokasi dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat untuk kesalahan berkenaan.


Mengikut fakta kes, mangsa telah pergi ke lokasi seorang diri selepas dikatakan tidak mahu ke madrasah dan telah meminta bantuan tertuduh untuk mendaftar masuk menggunakan namanya ekoran mangsa masih di bawah umur.


Tertuduh kemudian telah menemani mangsa dalam bilik hotel itu sebelum memujuknya melakukan hubungan seks.


Peguam Zulkifli Awang merayu hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya telah digantung pengajian dan kini bekerja sambilan di kedai runcit, selain perbuatan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh.


Tambahnya, pihak kolej juga telah bersetuju memberikan peluang kedua kepada tertuduh untuk meneruskan pembelajaran, sekiranya kes berkenaan dapat diselesaikan.


Bagaimanapun, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon pertimbangan hukuman dibuat lebih kepada kepentingan awam dan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.


Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat bagi tempoh 240 jam dalam masa dua tahun dan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan penjamin, berserta jaminan sebanyak RM7,000 untuk tiga tahun.


Hukuman itu adalah mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah iaitu peruntukan untuk pelepasan di bawah satu bon berkelakuan baik atas dasar tertuduh adalah pesalah pertama.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bf gf ke? Camne girl tu kenal boy tu if not couple kan.  Teringat si putri balqish tu jgn silap haribulan jadi kes gini nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sama suka nampak gaya ni.. nasib badan ler main bawah umur cas rogol. Yang pompuan patut kena sama hukuman. Ok bye.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:07 PM | Show all posts
Statutory rape, sebab budak tino tu bawah umur.

Tak de sapa culik dia bawak ke hotel, dia pegi sendiri sebab tak mau pegi madrasah.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tkle ke tertuduh ni saman balik gf dia sbb merelakan diri utk dirogol?siap pi hotel berdua, bkn pelajar sekolah rendah bole tipu..ni dah menengah..blaja madrasah lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene masuk. Madrasah sbb parent x larat ler tu nak jaga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2023 11:00 AM | Show all posts
sian ko dik... padahal cikki tu pun sama gatal cikpek checkin hotel... mendapat la kau dik...kat madrasah susah jumpa timun agaknya.. tu pasal tak nak balik sana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
suka sama suka ni .. patut dua2 kena ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
perempuan tu budak bawah umur.. patut lelaki tu melindungi dia,,, suruh jugak pergi madrasah. tapi pegi ajak ngesek
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 11:24 AM | Show all posts
owh suka sama suka ker....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul mana2 lelaki yg kapel ngn budak bawah umur
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 12:07 PM | Show all posts
Harapkan kurus jer. Herghh ghehhghfgheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 04:49 PM | Show all posts
Turunkan lah threshold umur statutory rape ni. Ko ingat budak pompuan 15 tahun tu bodoh ka? Birahnya mengalahkan budak jantan.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kena hukum oenjara, pasaipa dia ni lepas pulak.. nak jadi hakim dan peguam, tapi ini je hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:10 AM | Show all posts
adoiii laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075337 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list