CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

F1: Max Verstappen makin sukar dicabar

[Copy link]
Post time 11-7-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN meraih kemenangan keenam musim ini sekali gus semakin hampir untuk memburu gelaran dunia ketiga. - AFP

SILVERSTONE – Pelumba Belanda, Max Verstappen dilihat tidak mustahil untuk menambah koleksi gelaran dunia Formula Satu (F1) buat kali ketiga selepas melakar kemenangan keenam berturut-turut sejurus menjuarai Grand Prix (GP) British lewat malam kelmarin.

Kemenangan tersebut membolehkan pemandu Red Bull Racing itu berada di puncak dengan kelebihan 99 mata selepas mengatasi dua pemandu Britain, Lando Norris (McLaren) di tempat kedua dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton (Mercedes) tempat ketiga.

Lebih manis, Red Bull Racing terus mengecapi kejayaan luar biasa mereka apabila melakar 11 kemenangan berturut-turut sekali gus menyamai pencapaian pasukan McLaren pada musim 1988.

“Sudah tentu, saya sangat gembira kerana kami menang sekali lagi. 11 kemenangan berturut-turut untuk pasukan, saya rasa ia agak luar biasa, tetapi ia tidak mudah hari ini.

“Saya tidak memulakan saingan dengan baik pada minggu ini tetapi kami berjaya perbaiki beberapa masalah kecil untuk dibawa pada perlumbaan sebenar. Hari ini tidak begitu hebat, tetapi sekurang-kurangnya ia menjadikannya lebih menarik,” katanya.

Kemenangan itu adalah yang pertama bagi Red Bull di Silverstone sejak pelumba Australia, Mark Webber melakar kemenangan pada 2012 dan podium Norris adalah yang pertama buat McLaren dalam perlumbaan rumah mereka sejak Hamilton di tempat kedua pada 2010.

Sementara itu, Norris mengakui dia telah melakukan sehabis baik memberi tentangan untuk memburu kemenangan namun hanya mampu berada di podium tempat kedua.

“Saya melakukan apa yang termampu. Saya memberi saingan kepada Verstappen selama mungkin,” kata Norris.

Dalam kedudukan pemandu, rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez yang sekadar menamatkan perlumbaan tempat keenam masih kekal di tangga kedua dengan mengumpul 156 mata dan Fernando Alonso (Aston Martin) tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 137 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... akin-sukar-dicabar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054101 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list