CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Edar Dadah Secara Dalam Talian Makin Meningkat, Harga Serendah RM18 - AADK

[Copy link]
Post time 10-7-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Serendah RM18. Itu adalah harga bekalan dadah sintetik yang boleh diperoleh menerusi 'dark web' atau sesawang gelap serta platform aplikasi sembang sosial lain, dedah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, berkata platform terbabit dilihat semakin popular dalam kalangan penagih untuk mendapatkan bekalan, berbanding membelinya terus daripada pengedar kecil atau tokan.


Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon





"Berdasarkan kajian, sumber bekalan dadah (diperoleh) selain 'tokan' dan rakan sebaya, adalah di 'dark web' dengan (pembelian) secara dalam talian, ia semakin popular di negara kita. Ada yang berharga serendah RM18 mengikut tahap ketulenan dadah.


"Bekalan kemudian dihantar menggunakan perkhidmatan kurier atau melalui orang persendirian. Sebab itu ibu bapa perlu melihat, pantau dan tapis setiap pakej yang sampai ke rumah mereka," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.


Sutekno berkata, pihaknya mendapati setiap penagih membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 untuk bekalan dadah selama tiga hari dan jumlah itu meningkat berdasarkan tahap ketagihan.


Justeru, beliau memaklumkan, pihak berkuasa akan berunding dengan kementerian yang menyelia perkhidmatan kurier untuk menyediakan mengawal selia dan meningkatkan penguatkuasaan dalam membendung penghantaran bekalan dadah menggunakan perkhidmatan berkenaan.


Sementara itu, Sutekno berkata, pihaknya akan meningkatkan lagi kempen anti dadah selain menggandakan usaha untuk menambah keahlian Skuad Anti Dadah bermula tahun ini.


"AADK menyasarkan pembabitan sejuta ahli Skad Anti Dadah sehingga Julai tahun depan dan setakat ini jumlah keahlian sudah melebihi 100,000 orang," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.708356 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list