CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2992|Reply: 69

'Ada yang sudi tak? Saya pun teringin' - Lelaki 'Kerdil' Nak Cari Jodoh

[Copy link]
Post time 10-7-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Batu Pahat: "Ada tak yang sudi dengan saya? Saya pun teringin nak pasangan tapi tak dapat...kalau saya normal mungkin saya dah kahwin," luah Mohd Faizareza Mansor yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil.


Video luahan perasaan Mohd Faizareza, 39, dimuat naik rakannya, Mohamad Aqmal Azhari, 29, di TikTok sekali gus mendapat perhatian netizen dengan ramai mendoakannya bertemu jodoh dengan wanita yang menerima dirinya seadanya.


Berkongsi kisahnya, Mohd Faizareza dari Kampung Parit Separap di sini, berkata, dia mencari rezeki dengan menternak lembu dan turut mengambil upah memotong rumput.


MOHD Faizareza Mansor mencari rezeki sebagai penternak lembu. FOTO ihsan Mohamad Aqmal Azhari




Anak keempat daripada lima beradik itu mengakui ada keinginan untuk berumah tangga namun belum bertemu jodoh jadi kini hanya fokus dengan kerja hakikinya.


"Saya pernah berkawan dengan wanita, namun setakat itu saja. Mungkin tiada jodoh untuk ke fasa lebih serius dan berkahwin," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurut Mohd Faizareza, dia belum menerima kiriman mesej daripada mana-mana wanita yang serius berkenalan dengannya.


Bagaimanapun, dia tidak bersedih kerana gembira menikmati hidupnya kini bersama 60 ekor lembu peliharaannya.


"Saya malas nak fikir sangat (soal jodoh). Jika ada, saya terima...jika tidak pun okay saja. Walaupun tiada pasangan, saya bersyukur kerana Allah SWT kurniakan rezeki yang banyak.


"Tawaran kerja potong rumput juga tak putus jadi dapatlah bayar pekerja.


"Kalau ditakdirkan dapat pasangan nanti pun biarlah yang ikhlas terima saya, bukan nak duit saja tapi tak nak pun orangnya," katanya yang menceburi bidang ternakan lembu sejak 2014 kerana minat.


Sementara itu, rakannya, Mohamad Aqmal berkata, dia muat naik video di TikTok kerana mahu membantu Mohd Faizareza.


"Dia (Mohd Faizareza) nak kahwin tetapi tiada jodoh. Dia malu itu yang saya tolong carikan untuknya dan tak sangka video berkenaan boleh tular," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je bang orang kerdil yang berkahwin & beranak pinak. Doa banyak2 semoga dapat jodoh yang baik. Tapi kalau awak pun jenis high taste memilih nak yang lawa2 je yang tu takleh nak kata apa la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 03:40 PM | Show all posts
Binodino replied at 10-7-2023 03:37 PM
Ramai je bang orang kerdil yang berkahwin & beranak pinak. Doa banyak2 semoga dapat jodoh yang baik. ...

Aduh ayat yg last tu sakitnya ku di sini...
Semoga adik ni dapat jodoh yg baik dan dapat menerima kekurangan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kejap teringin, kejap malas nak pikir sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Promote diri banyak lembu banyak rezeki banyak job.. jap lagi ada la tu yang nak walopon..

Banyak jugak tu lembu 60 ekor.. kalo dia masuk kandang dah hilang tak nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pisanggoreng replied at 10-7-2023 03:47 PM
kejap teringin, kejap malas nak pikir sangat..

Passive agressive gitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino: Ramai je bang orang kerdil yan ...


Iols ada kwn yg gitu la… nk jodoh yg helok lawa handsome, lupa cermin diri sendiri yg below par. Kaya pn x tp senang la. Mana org nk sembang x sdh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak kawen cepat, 1, jamgan memilih nak isteri yg fun melecun je. No 2, pastikan luar Dari Kawasan keje, anda Ada lah seorg yg kemas dan sentiasa wangi.. Kalau kt luar pon bau sama macam time keje, susah sikitlah org nak..

Ingat tau, yang penting kemas dan wangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 05:07 PM | Show all posts
orang kata lelaki kerdil ni badan aje kecil, tapi kote besar
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 05:56 PM | Show all posts
moga di pertemukan jodoh nya

loaded nih, towkey lembu
aset lembu jer ada ratus ribu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:04 PM | Show all posts
Perawankota replied at 10-7-2023 04:53 PM
Kalau nak kawen cepat, 1, jamgan memilih nak isteri yg fun melecun je. No 2, pastikan luar Dari Kawa ...

macam mana nak bagi suka pada yg biasa2?
kekadang jeles tengok kekawan,
bini nya biasa2 jer, dan bahagie jer

dah pernah try nak kenal yg beshe2
tapi tak boleh

mata iols otomatik pergi pandang tempat lain
pernah kena tegur,
"kenapa bila bercakap awk pandang tempat lain?"

nak buat macam mana, dah tak boleh nak control
minda separa sedar yg control mata iols

kalau ngedate dok depan2, akan jadi macam ni
kantoi, tak boleh control mata


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:12 PM | Show all posts
Moga ketemu jodoh sama wanita Indonesia, insya Allah bakalan setia dan membahagiakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:15 PM | Show all posts
kalau ngedate macam ni baru mata tu stabil sket

takde la time bercakap tengok kiri kanan






Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:17 PM | Show all posts
Friska replied at 10-7-2023 06:12 PM
Moga ketemu jodoh sama wanita Indonesia, insya Allah bakalan setia dan membahagiakan

friska, carikan aku sorang

nak macam di bawah





Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 10-7-2023 06:04 PM
macam mana nak bagi suka pada yg biasa2?
kekadang jeles tengok kekawan,
bini nya biasa2 jer, dan ba ...

Sbb date uols xlawa kah? Klau gitu kena jd kaya la sambar prempuan yg lawo
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus, kekurangan tak menghalang dari bekerja. Semoga dikurniakan isteri yang solehah, amin Allahumma amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 10-7-2023 03:37 PM
Ramai je bang orang kerdil yang berkahwin & beranak pinak. Doa banyak2 semoga dapat jodoh yang baik. ...

Kalau kawin sama2 kerdil, chances dpt anak2 normal tinggi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:40 PM | Show all posts
brego replied at 10-7-2023 06:17 PM
friska, carikan aku sorang

nak macam di bawah

Teman kuliah saya ada 4 orang mirip wajah seperti ini Bang, ada keturunan Aceh dan ada Melayu Deli. Tapi udah pada nikah semuanya Bang. Makanya Abang jalan-jalan ke Indonesia, banyak yang cantik-cantik tinggal milih sesuai selera.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dia tauke lembu ke atau ntah2 jage lembu org kot, kalu ditakdirkan kawen mcm mane mlm pertama ye, i cannot imagine
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 08:02 PM | Show all posts
Bipolajourney replied at 10-7-2023 06:29 PM
Bagus, kekurangan tak menghalang dari bekerja. Semoga dikurniakan isteri yang solehah, amin Allahumm ...

MACAM KAU KEKURANGAN DAN OKU PUN MALAS KERJA
JUAL BARANG ONLINE PUN TAK JALAN

WAKAKAKAKAKA

LAST2 HARAP BANTUAN DARI KERAJAAN

NI BUKAN AKU YANG KATA

NI KAU YANG KATA

JANGAN NAK MENIPU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.252282 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list