View: 1006|Reply: 12
|
KKM Sangkal Dakwaan Kerjasama Dengan Ebit Lew Berkenaan Penjualan Stokin Tingkatkan Kesihatan
[Copy link]
|
|
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan kenyataan selepas tular maklumat yang tular di media sosial mengenai kerjasama pihak KKM dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew berkaitan penjualan stokin yang mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan.
Jelas pihak KKM, mereka mengambil serius terhadap penyebaran berita palsu di media sosial, serta menyatakan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan nama KKM untuk ‘berjanji membayar semula’ jika produk berkenaan tidak berkesan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan stokin yang mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan.
" ihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan nama KKM dan menyatakan bahawa ‘KKM berjanji untuk membayar balik jika ia tidak berkesan.
Ini boleh mengundang kepada kekeliruan dalam masyarakat memandangkan KKM tidak pernah memperakukan produk tersebut.”, jelas Pihak KKM
Dalam pada itu, orang ramai turut digesa untuk menghentikan sebarang perkongsian maklumat berkenaan, serta menyemak fakta dan maklumat di platform yang dipercayai.
“Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana telah mengedarkan maklumat palsu yang tidak benar dengan tujuan tertentu demi kepentingan keuntungan semata-mata.”
Hati-hati kepada semua dalam berkongsi sebarang maklumat, semak fakta di platform yang boleh dipercayai.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
who is actually believe that?...a socks is a socks and nothing more |
|
|
|
|
|
|
|
Yang post ni Eliew sendirik ke |
|
|
|
|
|
|
|
ada socks special yg perlu dipakai selepas operation atau jika duduk atas katil terlalu lama utk mudahkan peredaran darah kat area kaki, betis. tak ingat nama apa. doktor/nurse hospital sendiri yg suruh beli kt farmasi. so socks is not just a socks.
|
|
|
|
|
|
|
|
thank you for the enlightment 
|
|
|
|
|
|
|
|
zasrfikri replied at 13-7-2023 11:53 AM
ada socks special yg perlu dipakai selepas operation atau jika duduk atas katil terlalu lama utk m ...
Compression socks ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Member aku ejen aulora socks bawah BE. Laku la kot jualan socks tu sbb tgk post dia, dia mcm dah naik level antara top ejen, siap bercuti overseas free. |
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 14-7-2023 10:07 AM
Member aku ejen aulora socks bawah BE. Laku la kot jualan socks tu sbb tgk post dia, dia mcm dah nai ...
rega sgt Yahudi aulora ni...boleh caye ke haa? |
|
|
|
|
|
|
|
malarky replied at 10-7-2023 02:57 PM
who is actually believe that?...a socks is a socks and nothing more
Ada socks dipakai utk bantu peredaran darah esp slps major surgery |
|
|
|
|
|
|
|
stokin yang dicelup dalam air yang telah dibacakan ayat2 rukyah ke sis?  |
|
|
|
|
|
|
|
zasrfikri replied at 13-7-2023 11:53 AM
ada socks special yg perlu dipakai selepas operation atau jika duduk atas katil terlalu lama utk m ...
Compression socks kan? Waktu czer dulu pun i pakai Dr suruh pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 14-7-2023 10:45 AM
stokin yang dicelup dalam air yang telah dibacakan ayat2 rukyah ke sis?
Bukan. Socks yg dicelup air mata sayu sedih ebitliew |
|
|
|
|
|
|
| |
|